19.1.09

LIRIK: Kek Merah

Dia cuba warnakan kek coklat
dengan pewarna tiruan yang murah.
Tapi adunannya terlalu pekat.
Lantas kek coklatnya jadi kek merah.

Jadi apa nak buat?
Kek dalam ketuhar,
nampak kelakar.

Sukar untuk aku jamah
sepotong kek merah.
Sekali ku suap
terus tergigit lidah.
Tertanya-tanya mungkin ada yang kurang
ataupun ada yang terlebih.
Hingga kek coklat-merahnya
membuatku terasa
sungguh aneh.

Kek merah yang dulunya kek coklat
telah dihiasi buah tempatan.
Sekali pandang nampak cukup hebat
tapi hanya pandangan permukaan.

Jadi apa nak buat?
Kek dalam ketuhar,
nampak terbakar.

Mana mungkin aku tak perasan.
Kau berdalih terang-terangan.
Cubalah sembunyi,
jangan tipu diri.
Aku tak percaya kau hanya
mangsa keadaan.

Lagu dan lirik oleh Ana Raffali (© 2008 anaraffali muzik ent.)

7 ulasan:

  1. gigit kek merah
    lidah berdarah
    termuntah

    kemudian bernanah
    sumpah seranah
    bersalah

    tapi mengaku
    tak pernah...

    © 2009 kamisukakekcoklattapidahjadimerahpasalkenadarahpasalmakansesamasendiri ent.

    BalasPadam
  2. merah darah merah perkasa,
    cik abang apa khabar disana?

    (c) akulahbloggeritudowhtapiakusudahmalasmenulis

    BalasPadam
  3. gantikan pewarna dengan warna asli tak boleh? :D

    salam kunjungan.

    BalasPadam
  4. Hi Jannah,
    Cik Abang sedang berehat.

    Hi Daun,
    oooohh...

    Hi seseorang,
    dah nama kena guna pewarna, kalau benda betul tak perlu.

    BalasPadam
  5. hahhah...
    mlm td br buat red velvet cake...kaler dia mmg merah + coklat..tetapi amatlah lazat..kek fav Oprah ...!

    BalasPadam