18.4.09

LIRIK: Ketika (aku kecil)


ketika aku kecil aku pernah percaya
ramlee puteh hidup di dunia hitam putih
purnama sengaja mengekoriku
kemana ku pergi
hujan adalah waktu
keluar bermain

tapi bila ku dewasa sukar untuk ku percaya
apa yang ada di depan mata
bila dia membisikkan
aku adalah pilihan
hatinya yang pertama
dan terakhir

ketika aku kecil aku pernah percaya
pada suatu hari putera ku kan tiba
bintang-bintang adalah lampu limpah
bila kami menari
angin membawa kelopak sakura
turun ke bumi

tapi bila ku dewasa sukar untuk ku percaya
cinta di dalam tapak tangannya
bila dia menghulurkan
ia kepadaku dengan
matanya yang bersinar
dan berair

ketika aku masih kenal rupa cinta
datang seseorang yang mengubah segala
makin hari makin kulihat hatiku makin mengecil
lalu kusimpannya di dalam kotak kasut bawah katil

wajarkah aku berdepan
dengan sesuatu pilihan
yang tak berani aku putuskan?
mana perlu lebih bimbang
antara kisah berulang
atau dia berundur dan menghilang?

Lagu dan lirik oleh Ana Raffali (© 2009 anaraffali muzik)

NOTA: Lagu paling baru yang sempat saya siapkan hari ni, sambil buat kerja sekolah. Sila lihat di ReverbNation untuk rakaman kasar lagu ini. ;)

8 ulasan:

  1. saya suka. boleh tak saya download? saya suka sangaaaaaaat. lagu awak telah inspired one of my latest poems. terima kasih. tajuknya, 'rintihan si tetangga'. walaupun the poem itself has nothing to do with the lyrics. hahah! but i love your voice and the background rain sounds. :)

    BalasPadam
  2. salam ana..ana,boleh tak kalu saya nak try bagi maksud yang tersirat dalam lagu tu..sory kalu salah.. awak penah diberi cinta oleh sesorang dan itulah cinta pertama awak..dalam saat awak sedang mengenal segalanya mengenai cinta,muncul pula sesuatu yang buruk dan awak kecewa dengan janji jejaka yang beri harapan pada awak..awak kecil hati tapi cuma pendamkan je..dan skrung,muncul pula insan baru yang menangih kasih dan cinta daripada awak..awak tak dapat buat keputusan sama ada untuk terima ataupun menolak..jika awak trima,awak takut awak akan dikecewakan lagi..itu lah yang saya rasa..

    BalasPadam
  3. Jika dibuat video klip, pasti menarik ni. Saya dah beli album Ana...Best tapi xpuas dengan 6 lagu shj.

    BalasPadam
  4. terima kasih, kamu menambahkan cinta saya terhadap muzik dan bahasa ibunda kita. =)

    BalasPadam
  5. kuota 3gb dah penuh
    selama ini pelayaran mudah jemu
    lagu-lagu ana indah sungguh
    kenapa selepas AJL25 baru kutemu?

    BalasPadam