5.9.09

LIRIK: Tersilap

photo courtesy of aboutthelettera.com

TERSILAP


Sepatutnya begini, sayang

kau bohongi aku

takkan ku percayakan dirimu lagi.

Sepatutnya begini, sayang

kau kecewakanku

aku cari yang lain, penggantimu.

Tapi mengapa setiap jejaka

yang ku jumpa

tak mampu mengalahkan dirimu.


Sungguh ketara bila kau tiada

bayanganmu mengekoriku.

pada setiap gambar yang ku lihat

kau tersenyum, menyindir aku.

Mungkinkah aku tersilap

bila ku lepaskan engkau pergi?


Sepatutnya begini, sayang

kau ku tinggalkan

takkan ku menoleh ke belakang lagi.

Sepatutnya begini, sayang

kau tak ku endahkan

bila namamu dalam ungkapan orang.

Tapi mengapa setiap kalinya

kau ku jumpa

degupan jantungku tambah laju?


Sungguh ketara bila kau tiada

bayanganmu mengekoriku.

pada setiap gambar yang ku lihat

kau tersenyum, menyindir aku.

Mungkinkah belum terlewat

untukku pujuk engkau kembali?


Sungguh ketara bila kau tiada

sesalanku terus membuku.

pada setiap lagu yang ku tulis,

kau ketawa.

Mungkinkah ada caranya

untuk ku jelajah ruang masa?


Lagu dan lirik oleh Ana Raffali (© 2009 anaraffali muzik ent.)


NOTA: Saya pakai topi orang yang gila bayang (mungkin juga gila talak) masa tulis lagu ni. Cuba menggambarkan perasaan orang yang menyesal sebab tersilap dalam menduga sedalam mana dia perlukan kekasihnya.

Bila hubungan itu berakhir barulah dia sedar silapnya, dan dengan syok sendirinya melayan perasaan seolah-olah dia hero dalam sebuah filem komedi romantik. Berjayakah dia menawan hati kekasih lamanya kembali, setelah dihantui dengan bayang-bayang cinta yang tak pernah luput di benak fikiran, apatah lagi ruang hati yang merintih? :p

Saya kira, perasaan ni sangatlah berat sebelah. Macam mengada-adakan benda yang tak ada, menulis plot yang lain sebab jalan ceritanya sendiri cukup bosan. Padahal jelas, orang lagi satu tu nampak cukup bahagia dan tak pernah terfikir pun nak putarkan waktu. Haha..

Saya juga tulis lagu ini demi mengingatkan diri sendiri betapa bertuahnya saya dihargai orang yang bersama dengan saya sekarang. Jangan mudah putus asa ye sayang.


8 ulasan:

  1. tak masuk kat reverbnation ke?
    nak dengar juge..

    lalalala~
    ;)

    BalasPadam
  2. yup hargai insan yg menyayangi kita :)

    BalasPadam
  3. Semua orang hero/heroin dalam naratif hidup masing-masing... tapi ada yang mahu jadi watak pembantu :)

    Eh, kenapa lagu HBKL tak boleh vote dalam campur chart?

    BalasPadam
  4. Saya suka dengan seni kata lagu ini
    sangat indah.

    BalasPadam
  5. biela,
    ada chan lagu ni saya bagi kat orang. ;)

    tedi,
    sepatutnya!

    sufian,
    kebanyakkan watak pembantu juga menjadi hero kepada si hero/heroin. ;)

    storyteller,
    terima kasih. awak pun, jangan berhenti menulis. ;D

    BalasPadam
  6. You never fail to make people smile, Ana. Hee. By the way - saya dah tukar blog. It is salahtaip.wordpress.com now :)

    BalasPadam
  7. saya pun ade menulis lagu .. tapi x la sehebat sis ana , saya harap sis ana bole berikan sedikit ilmu kat saya . saya suka menulis lagu sebab saya suka berangan , dari situ r saya dapat ilham .. hehe

    BalasPadam