21.2.09

MyEvo Gig

Hi, apa khabar? Lama tak bercerita.

Saya teringin nak tulis lebih kerap lagi, tapi entah kenapa kurang bersemangat kebelakangan ini. Saya suspek, mungkin sebab saya sibuk dengan projek kreatif untuk lengkapkan proses graduasi saya. Dan semestinya sebab anak-anak sedara saya, tiga orang tu, akan duduk di New Delhi untuk beberapa tahun atas alasan mengikut ayah mereka bekerja. Haih.. Cerita ini akan saya kembangkan kemudian.

Yang penting sekarang, saya nak bagitau tentang ini;


Kali ini, setelah sekian lama menantikan saat untuk dipertemukan kembali, saya akan bersama geng Marhaens versi elektroakustik. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan barisan pemain yang akan berentap di atas pentas dalam pukul 8 malam di lokasi yang tertera di atas.

Aidit Alfian - gitar akustik
Komposer, produser, pemuzik dan cikgu muzik alang-alang dan lain-lain lagi.

Andy Flop Poppy - bass
Komposer, produser, pemuzik, penyanyi, pelawak, peserius dan lain-lain lagi.

Azizi Masri (GG) - gitar elektrik
Pemain gitar elektrik dengan solo yang dasyat, pembikin gitar elektrik dan akustik yang dasyat, pemain ping-pong yang dasyat tapi kadangkala tewas pada pemain bola yang dasyat dan lain-lain lagi.

Iqbal Hisham - cello
Pelajar jurusan muzik di UiTM, seorang yang ceria dan sentiasa senyum dalam apa jua posisi, memiliki sekumpulan rakan-rakan yang hensem-hensem dan supportive. Status rasmi : masih belum berpunya.

Mie (ahh.. nama penuh abg Mie tak tau... sorry.. nanti saya tanya) Drummer Flop Poppy. Baru-baru kenal sebenarnya. Tapi setakat ni, best je.

Oleh yang demikian, saya sangat gembira. Jom kongsi kegembiraan saya!

5 ulasan:

  1. wah.. menariknya..
    terutamanya andy pelawak (die nampak sgt serius) dan pemain cello *ehem* yang masih belum berpunya.

    hahahaha.~*

    BalasPadam
  2. hey ana,,
    ade kwn saya ckp,,
    awk ni ex mjsc pdg.

    btl ke?
    bdak 1st batch.
    tlg drop jwpn kat shoutbox saya.
    awak comel.
    plus awk a part of indie's.
    i like..

    BalasPadam
  3. saja2.
    kwn sya ckp awak ex pendang.
    sya cuma nak kepastian.
    saya junior awak.
    f1 2003.

    awk mmg fulltime singer eh?

    BalasPadam
  4. Salams Ana ;)

    I was there yesterday watching your perform, (kat depan sekali!!).. You were awesome! Your song Tingkap Kaca was really haunting and unique and beautifully sung..

    Way to go!!!

    Look forward to more of your participation over at MyEvo!!

    BalasPadam
  5. that at maskara mmg sangat best. suara akak sangat clear n sangat menarik..
    seriously i've tried to write a meaningful song ttp idea juga boleh mati ditengah-tengah perjalanan.

    mungkin juga pengalaman yang tak cukup.

    BalasPadam