3.6.09

cubaan untuk berpuisi

Atas cadangan En. Sufian Abas.

Haiku I

Diam berdiri
di tengah-tengah bilik
minta dipetik.

Kayu bercermin
bayang aku yang jelas
menjadi subjek.

Tangan menghulur
tapi tak dapat capai
jauhlah pulak.

Mengerling kanan
malas tewaskan rindu
mengeluh kecil.

Maaf Woodieku
kan ku belai kau lepas
ku jumpa rajin.

dikarang oleh ANH Raffali (© 2009 anaraffali muzik ent.)
1. 29 pm Rumah

7 ulasan:

  1. Sudah lama saya tak baca haiku. Jadi otak masih penuh sawang-sawang. Tapi yang ini bukan lebih pada renga (walaupun yang bikinnya awak seorang)?

    Apa pun, yang no empat dan lima sangat kebasho-an dari segi (siapa cakap macam ni?) playfulness (dalam bahasa Melayu apa, eh?).

    BalasPadam
  2. Haha.. kenakalan mungkin? kamus kata sifat suka bergurau. kita patut cipta satu perkataan untuk itu. :p

    BalasPadam
  3. kenal alifie @ e tak?

    http://biasludahkelangit.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Bahasa Indo ada perkataan 'banyol' yang maknanya berbuat lucu/jenaka, tapi hodoh sangat perkataan tu.

    Dewan bagi satu lagi makna: bercura (root word: cura) - berolok-olok, berseloroh. Tapi satu lagi maknanya: mengeluarkan kata2 keji.

    Garah, satu lagi, tapi ada makna kedua: menakutkan (burung di sawah), menghalau, mengusir

    (gila serius....:P Lepas ni boleh diskas puisi kat loteng sementara 3 orang perempuan main gitar di bawah...

    Ini seorang lagi penyajak/pemuisi/ SFP kalau berminat mahu baca-baca. Dia pun seorang yang curah dan garah juga:

    hanahanafleur.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. jika rajin itu aku
    singgah sebentar di seberang mrr2

    BalasPadam
  6. dark ray,
    kenal.

    sufian,
    penulisan yang menarik. pelik benar penggunaan caponye. :p

    .a.
    wowee..

    BalasPadam
  7. haiku ??
    5-7-5

    tak reti langsung
    tak pernah buat haiku
    nantilah cuba

    BalasPadam