16.2.10

Terima kasih kawan2!

Semalam, lengkaplah sudah penggambaran video muzik (VM) Hujan Bunga di Kuala Lumpur. Hehe.. Saya tahu, senyap-senyap je kan? Memang tak mau ramai tahu, takut tak kesampaian ideanya.

VM HBKL adalah projek saya dan kawan-kawan. Tak besar, kecil tapi dekat di hati. Saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih sayang pada mereka yang terlibat dalam penggambaran.

Terima kasih, kawan karib.
Terima kasih, abg Aidit & Kak Zaza & budak2 Jln Maktab.
Terima kasih, abg Mujez & Geng Universal Music Malaysia.
Terima kasih tuan kedai bunga, Kak Sara (www.niasara.com).
Terima kasih pereka baju, Ariff Shukor (Beau Couture).
Terima kasih krew belakang kamera, Aie, Saddiq & Kak Shahriza.
Terima kasih abg2 dan adik depan kamera, Ijai, Khalil & Ariff.
Terima kasih kawan2 yang tahan tak segan, Irman, Zati & Wawa.
Terima kasih hero Hujan Bunga, Bob.
Terima kasih mekap artis, Kak Nora & Ucu.
Terima kasih penjaga taman dan tukang kebun.
Terima kasih pokok-pokok dan bunga-bunga.
Terima kasih matahari yang menyinari kami.
Terima kasih angin yang membuai rambut dan keringat.
& terima kasih kepada semua yang turut membantu, dengan kata2 semangat dan kasih sayang.

Syukur, alhamdulillah... ;)
Sekarang, selebihnya akan kami siapkan.

GAMBARU!!!

7 ulasan:

  1. wow. tak sabar nak tengok hasilnya nanti. (=

    BalasPadam
  2. memang xsabar nak tgk...
    hehehehe...
    adakah terbaek...
    walau ape pon all teh best...

    BalasPadam
  3. yay!!!
    gambaru!!!<- yeay..appada ni??

    BalasPadam
  4. ABPH nanti ekau masuk bertanding gak kan? smuga menang!!!

    BalasPadam
  5. terima kasih peminat tak dak ka?

    BalasPadam