1.4.09

Bakawali


Mummy ada tanam bunga bakawali. Kali ni ada 3 kuntum, masing-masing mekar tiga hari lepas berturut-turut, tepat 12 malam. Ish... berbelit pulak. Setiap kuntum mekar penuh tepat 12 malam, 3 kuntum, 3 malam. Keesokkan paginya dah layu.

Bakawali hanya mekar untuk beberapa jam. Keindahan yang sementara, yang dipinjamkan. Terasa macam nak potong pastu simpan dalam kamus websters merah tebal sebelum dia layu. Tapi tak sampai hati. Jadi, tengok jelah elok-elok sambil amik gambar(sambil mintak kawan karib amik gambar).


Satu survey rawak ringkas, sila komen:

1) Bunga kegemaran?
2) Kenapa?

Saje nak tahu. ;)

12 ulasan:

  1. 1)harum sundal malam
    2)wangi..n akan stat berbau time magrib till late

    BalasPadam
  2. 1) bunga citra lestari
    2) err.. wangi?

    izzat

    BalasPadam
  3. 1) daffodils
    2) ia tak pernah gagal untuk buat aku tersenyum.. :)

    BalasPadam
  4. 1)bunga bukan sekuntum...
    2)err..frust?

    BalasPadam
  5. 1)ibu saya
    2)dia bunga paling harum, macam mawar putih. kadang itu macam bunga taik ayam, yang saya benci, tapi tetap, dia cantik.

    BalasPadam
  6. hai kak ana :)

    1)ros putih
    2)sebab npk suci :)

    BalasPadam
  7. wow, cantiknye bunge tu...

    1.suke telipuk
    2.sebab die dlm air

    BalasPadam
  8. 1.hujan BUNGA di kuala lumpur
    2.sebab lirik yang simple dan menarik :-)

    BalasPadam
  9. 1. orkid (whiteorkid)
    2. sbb dia jujur, sepi, xditelan zaman, boleh teguh hidup tanpa 'tanah' dan cantik dgn dirinya nya sendiri..

    BalasPadam
  10. 1. lavender
    2. benar2 ingin tanam sebab nak tau bau sebenar. tapi susah nak cari.

    BalasPadam