29.5.09

3 VENUS

Terima kasih buat mereka yang berhajat untuk melihat kami bertiga (+ dll) di Annexe, Ahad ni. Terharu rasanya. Wani memang hebat. Tengahari tu saya ingatkan kami cuma berangan kosong. Tapi, rupa-rupanya dia serius.

Saya gubah melodi di kepala, dan bermain-main dengan bunyi gitar. Terus dirakam. Tak lama lepas tu, Wani kata dia dah siapkan liriknya. Dasyat! Kemudian, Fynn mendengar dan bercerita, menyimpulkan hasrat kami semua dengan lunak suaranya. Macam bercinta. Haha.. Jodoh kami, mungkin.

photo courtesy of aboutthelettera.com

Saya benar-benar harap, persembahan kali ini bes. Sayangnye, abang Aidit dan geng Marhaens (kecuali si Iqbal) tak dapat temankan. Tanggungjawab saya kali ni sangat besar.

Saya dah buat keputusan untuk memainkan lagu-lagu yang tak pernah saya persembahkan di khalayak ramai. Berikut adalah setlistnye;

1) Mekanika
2) Ketika (aku kecil)
3) Cuba Jangan

4) Kek Merah
5) Small Hearts
6) Paint Me

Saya harap anda semua akan pulang dengan senyuman di bibir, dan lagu-lagu di hati. Saya harap Wani dapat lupakan beban-beban kerjanya dan menyanyi dengan jiwa yang tenang. Saya harap Fynn cepat sembuh supaya kami dapat dengar suaranya yang menyentap jantung. Saya harap saya tak hampakan bigboss dan puan manager, kawan karib, kawan-kawan baik, geng Marhaens, geng Ana Raffali dan lain-lain.

Terima kasih kerana menyokong kami!

7 ulasan:

  1. Oh! Betapa saya ingin bersama kamu pada hari Venus berkembar tiga. Tetapi saya perlu menjawab panggilan pulau.

    Apa pun, break a leg.

    BalasPadam
  2. oh ya..kita jumpa di sana ya Kak Ana. Tak sabar nak jumpa Kak Ana, Kak Wani dengan Kak Fynn.. =)

    BalasPadam
  3. alamak ..apai teringin nak nengok ana men live.. huhuhu dulu nengok ana main gitar tepi jalan je huhuhuhu good job =) , malangnye apai balik bp ahad ni... jangan lupe datang wedding apai eh.. yat n the geng gi kot =) cya

    BalasPadam
  4. saya gagak mendapatkan tiket terhad tersebut. sedih.

    saya doakan fynn cepat sembuh. mlm td di tanchap eh AKAR, pun beliau masih kurang sihat. and miss u la cik anna. awat tak join AKAR mlm td?

    BalasPadam
  5. Tidak begitu ceria kerana terlepas mekanika :(

    BalasPadam
  6. sememangnya sy pulang dgn senyum, dari telinga kiri hingga telinga kanan.

    lagu masih sgt best!

    go, go kak ana!

    =)

    BalasPadam
  7. korg ber3 mmg best

    BalasPadam