3.5.09

SUBJEK: JELAJAH UNIVERSITI/KOLEJ

Final Projek dah siap!

Ya.. saya sangat hepi. Sekarang dah takde alasan untuk tak fokus kat kerjaya pilihan saya; penyanyi-penggubah (singer-songwriter).

Antara agendanya;

1) Single HBKL
2) Secret Gig
3) Hari Bintang Jatuh; 3 Venus

Minggu lepas saya berkesempatan bertemu dengan warga MMU Melaka dan KLIUC. Kedua-duanya merupakan pengalaman yang cukup indah bagi saya kerana ada diantara yang hadir memang mengikuti perkembangan saya secara online. Saya rasa terharu bila ada yang datang berjumpa dengan saya untuk bertegur sapa dan merakam gambar. (Terima kasih kerana sudi bergambar ye!) Kalau boleh saya nak jumpa dengan semua yang sedang membaca catatan saya ini.

Oleh itu, dengan mendapat lampu hijau dari encik big boss dan puan manager, kami dengan ini sedia menerima sebarang jemputan membuat persembahan dari mana-mana pihak penganjur yang terdiri daripada pelajar dari kelab atau persatuan universiti/kolej masing-masing. Saya dan the Marhaens akan cuba menyerikan majlis anda sekiranya anda dapat menyediakan duit minyak dan makan (serta tempat penginapan jika perlu) yang secukupnya untuk kami beraksi dengan selesa (saya akan cuba diet). Yang selainnya ditanggung beres!

Sila emailkan jemputan anda dalam format berikut;

SUBJEK: (Nama Universiti/Kolej)

Nama Wakil:
No Tel:
Penganjur:
Universiti/Kolej:
Tujuan Majlis:
Tarikh Majlis:

Emelkan ke; saya(at)anaraffali(dot)com

Jom!

7 ulasan:

  1. kalau universiti luar negara kena bayar duit minyak kapal terbang ke? :P

    BalasPadam
  2. Ana,
    yang hari bintang jatuh tu, dengar cite ticket dah penuh orang book eh?

    BalasPadam
  3. majlis pkahwinan bley x?
    ;p

    BalasPadam
  4. lu dah jadi artis.. gua buat event kecik je,,, segan nak ajak...miss HBKL

    BalasPadam
  5. Tiket HARI BINTANG JATUH '09: TIGA VENUS akan dijual secara BY-HAND SAHAJA dan BUKAN SECARA TEMPAHAN, di acara JOM BERSAMA 3R, booth TANGGA, CAPSQUARE KL, 17 MEI, 9 PAGI hingga 3 PETANG. Only 150 tickets are available. First come, first served. ;) http://3r.com.my/?p=1218

    BalasPadam
  6. husni,
    nampak gayanye..

    hariry,
    tanya cik wani, tiket kat dia.

    tanpa nama,
    boleh je.

    aloy,
    ajak je lah. mana tau dapat pegi.

    wani,
    roger!

    BalasPadam
  7. alamak...terlepas tgk masa kamoo datang ke kliuc..tengah ada kelas ganti masa tu...huhu

    BalasPadam