26.7.09

Baju kurung

Ramai orang tanya "konsep saya dan baju kurung/kebaya".

Saya suka sebab selesa. Dan kalau potongan dan coraknya baik, cukup cantik.

Masa saya di universiti, saya lebih gemar pakai baju kurung ke kuliah. Pertama, saya malas cari pasal dengan pihak pengawal tentang etika permakaian. Kedua, dari zaman awal remaja lagi, saya lebih suka berbelanja duit yang abah bagi untuk buku daripada baju baru. Jadi koleksi baju kurung saya adalah dari himpunan baju raya yang mummy akan pastikan saya ada tiap-tiap tahun.

Pernah satu kali saya tak terfikir pun untuk cari baju raya, tengok-tengok kak Sue ada tersalah potong baju kebaya warna hijau tua dan arwah kak Ima kata bagi Ana pakai sebab dia kecik. Ehem.. Dah lebih 6 tahun dah kak Ima takde. Kebaya tu masih saya pakai, walaupun badan dah makin berisi. ;)

Mungkin ramai yang tertanya-tanya sejak bila saya mula naik pentas dengan gitar dan baju kurung. Saya mula main gitar masa semester terakhir pra-ijazah TESL di UiTM Bukit Sekilau, Kuantan. Belajar sendiri tengok buku chords dan cuba tiru. Saya memang kurang sabar, takde siapa-siapapun yang boleh luangkan masa untuk ajar saya main apa-apa lagu sampai mahir, Jadi saya pun tulis lagu sendiri dengan chords yang saya tahu masa tu. Akhirnya saya ada jugak lagu-lagu yang saya boleh main dengan gitar. Makin lama, makin biasa, makin seronok, makin suka.

Bila kawan-kawan saya tahu saya reti main gitar (walaupun sikit-sikit) dan saya buat lagu sendiri (walaupun sikit-sikit), rajinlah mereka suruh saya buat persembahan di majlis-majlis rasmi anjuran universiti. Kebetulanlah saya memang takde baju rasmi lain selain baju kurung untuk dipakai ke majlis-majlis tersebut. Jadi secara semulajadi saya akan membuat persembahan dengan baju kurung.

Tapi bila saya mula serius dengan muzik, dan lebih banyak lagu telah saya tulis. Saya terpanggil ke layar tanchap. Setelah beberapa kali, saya perasan warga di belakang tabir layar tanchap gemar berbaju melayu dan bersamping. Saya suka konsepnya. Jadi satu hari saya nyanyi dengan main gitar dengan baju kurung. Bukan rasa bes atau seronok sangat ke apa, rasa sangat biasa, rasa semulajadinya selesa, dan saya tak terfikir lebihpun daripada itu.

Dan bermulalah perjalanan saya bermain gitar berbaju kurung/kebaya. Bukannya pelik sangat bagi saya. Mungkin sebab saya dah biasa. Saya memang membesar dengan baju-baju kurung, t-shirt biasa-biasa, jeans yang tak mahal, sandals tahan lama. Menjadi sebahagian dari diri saya.

Saya pun orang yang biasa-biasa. Bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga En. Raffali dari Negeri Sembilan dan Puan Halijah dari Pahang, membesar dengan 10 orang adik-beradik lain di Kuala Lumpur. Kami selalu bergurau dan bergaduh, seronok kan? Saya sayang mereka semua sebab merekalah saya macam ni, dan saya tak akan mintak lebih daripada ini. (Cuma harap-harap; akan lebih terel main lagu orang lain jugak.)

Kadang-kadang saya tanya diri saya, kenapa nak lalu jalan ni? Dah layak jadi cikgu, pensyarah pun tak jauh, kenapa nak perjuangkan muzik? Tentunya sebab saya minat muzik, saya serius dengan apa yang saya buat dan saya rasa saya mampu menulis lagu-lagu yang baik.

Tapi malam ni saya sedar, sayang saya pada keluarga saya menggerakkan saya ke jalan ni. Memang saya suka menulis lagu, tapi suka tak cukup untuk buat hati dan jiwa saya kenyang. Saya nak tengok mummy dan abah senang hati. Saya nak lengkapkan hidup keluarga saya. Sebab tu walaupun susah, saya nak buktikan sebenarnya bukan kebetulan saya suka main gitar dan buat lagu, bukan kebetulan awak dengar lagu-lagu saya dan suka, bukan kebetulan awak baca blog saya ni dan sedar di mana saya letakkan kepentingan saya.

Allah maha pengasih, maha penyayang. Saya tak ingat rupa baju kurung pertama saya, tapi saya akan ingat sampai bila-bila, siapa yang belikan dan siapa yang pakaikan pada saya.

10 orang cuba memahami entri ini:

syakib ensem berkata...

nanti saya belikan ana baju kurung satu..!!

mohadi berkata...

pd sy org lebih suka dgn penampilan yg tidak menjolok mate. dan ia nmpk lebih asli lmbg perempuan melayu dengan berbaju kurung. dan lebih elok kalo bertudung. kekalkan penampilan cik ana. =)

firaqness berkata...

Salam.

bajukurung@kebaya+gitar=anaraffali.

formula itu available utk rujukan aku. orang lain aku tidak pasti bagaimana.gud luck ;p

Corey berkata...

Perenggan terakhir...Bersyukurrrr

ms. ana berkata...

syakib,
takyah susah-susah ye. ;)

mohadi,
terima kasih!

firaqness,
A+

Corey,
Syukur Alhamdulillah. ;)

bettYone berkata...

anaraffali:)

bunyi gitar, irama dan lagu
mengatur nada, bersuara merdu
berbaju kurung kelihatan ayu
di pentas beraksi semua terpaku

I . L O V E . Y O U

K.I.T.A berkata...

Ana,1st time kenal.Kita pelik jgk nape la Ana pilih untuk baju kurung.Dalam fikiran kita masa tu.Sian dia baru pas bis jawab exam kot.Pastu,bile ana bagi blog ana.Then,tgk gambar-gambar ana.Baru la kita faham kenapa ana berbaju kurung.Time tu,kita bermonolog sendirian lagi.Ana nie suka berbaju kurung.Akhirnya,post ana kali ini telah menjawab semua persoalan kita.
Kenapa Ana berbaju kurung tika perform.

Moon berkata...

that almost put tears in my eyes :')

Acidic around the World berkata...

bagus la cik ana raffali ni.. keep it up ok..

~ aRora_aTeh~ berkata...

er,,,ana..nk tanye skit..jgn mare ek..
fmily ana cemane?
parents mmg ok ke ngn haluan yg ana pilih ni?
depa tak kisah ke..

Catat Ulasan