26.7.09

Baju kurung

Ramai orang tanya "konsep saya dan baju kurung/kebaya".

Saya suka sebab selesa. Dan kalau potongan dan coraknya baik, cukup cantik.

Masa saya di universiti, saya lebih gemar pakai baju kurung ke kuliah. Pertama, saya malas cari pasal dengan pihak pengawal tentang etika permakaian. Kedua, dari zaman awal remaja lagi, saya lebih suka berbelanja duit yang abah bagi untuk buku daripada baju baru. Jadi koleksi baju kurung saya adalah dari himpunan baju raya yang mummy akan pastikan saya ada tiap-tiap tahun.

Pernah satu kali saya tak terfikir pun untuk cari baju raya, tengok-tengok kak Sue ada tersalah potong baju kebaya warna hijau tua dan arwah kak Ima kata bagi Ana pakai sebab dia kecik. Ehem.. Dah lebih 6 tahun dah kak Ima takde. Kebaya tu masih saya pakai, walaupun badan dah makin berisi. ;)

Mungkin ramai yang tertanya-tanya sejak bila saya mula naik pentas dengan gitar dan baju kurung. Saya mula main gitar masa semester terakhir pra-ijazah TESL di UiTM Bukit Sekilau, Kuantan. Belajar sendiri tengok buku chords dan cuba tiru. Saya memang kurang sabar, takde siapa-siapapun yang boleh luangkan masa untuk ajar saya main apa-apa lagu sampai mahir, Jadi saya pun tulis lagu sendiri dengan chords yang saya tahu masa tu. Akhirnya saya ada jugak lagu-lagu yang saya boleh main dengan gitar. Makin lama, makin biasa, makin seronok, makin suka.

Bila kawan-kawan saya tahu saya reti main gitar (walaupun sikit-sikit) dan saya buat lagu sendiri (walaupun sikit-sikit), rajinlah mereka suruh saya buat persembahan di majlis-majlis rasmi anjuran universiti. Kebetulanlah saya memang takde baju rasmi lain selain baju kurung untuk dipakai ke majlis-majlis tersebut. Jadi secara semulajadi saya akan membuat persembahan dengan baju kurung.

Tapi bila saya mula serius dengan muzik, dan lebih banyak lagu telah saya tulis. Saya terpanggil ke layar tanchap. Setelah beberapa kali, saya perasan warga di belakang tabir layar tanchap gemar berbaju melayu dan bersamping. Saya suka konsepnya. Jadi satu hari saya nyanyi dengan main gitar dengan baju kurung. Bukan rasa bes atau seronok sangat ke apa, rasa sangat biasa, rasa semulajadinya selesa, dan saya tak terfikir lebihpun daripada itu.

Dan bermulalah perjalanan saya bermain gitar berbaju kurung/kebaya. Bukannya pelik sangat bagi saya. Mungkin sebab saya dah biasa. Saya memang membesar dengan baju-baju kurung, t-shirt biasa-biasa, jeans yang tak mahal, sandals tahan lama. Menjadi sebahagian dari diri saya.

Saya pun orang yang biasa-biasa. Bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga En. Raffali dari Negeri Sembilan dan Puan Halijah dari Pahang, membesar dengan 10 orang adik-beradik lain di Kuala Lumpur. Kami selalu bergurau dan bergaduh, seronok kan? Saya sayang mereka semua sebab merekalah saya macam ni, dan saya tak akan mintak lebih daripada ini. (Cuma harap-harap; akan lebih terel main lagu orang lain jugak.)

Kadang-kadang saya tanya diri saya, kenapa nak lalu jalan ni? Dah layak jadi cikgu, pensyarah pun tak jauh, kenapa nak perjuangkan muzik? Tentunya sebab saya minat muzik, saya serius dengan apa yang saya buat dan saya rasa saya mampu menulis lagu-lagu yang baik.

Tapi malam ni saya sedar, sayang saya pada keluarga saya menggerakkan saya ke jalan ni. Memang saya suka menulis lagu, tapi suka tak cukup untuk buat hati dan jiwa saya kenyang. Saya nak tengok mummy dan abah senang hati. Saya nak lengkapkan hidup keluarga saya. Sebab tu walaupun susah, saya nak buktikan sebenarnya bukan kebetulan saya suka main gitar dan buat lagu, bukan kebetulan awak dengar lagu-lagu saya dan suka, bukan kebetulan awak baca blog saya ni dan sedar di mana saya letakkan kepentingan saya.

Allah maha pengasih, maha penyayang. Saya tak ingat rupa baju kurung pertama saya, tapi saya akan ingat sampai bila-bila, siapa yang belikan dan siapa yang pakaikan pada saya.

29 ulasan:

  1. nanti saya belikan ana baju kurung satu..!!

    BalasPadam
  2. pd sy org lebih suka dgn penampilan yg tidak menjolok mate. dan ia nmpk lebih asli lmbg perempuan melayu dengan berbaju kurung. dan lebih elok kalo bertudung. kekalkan penampilan cik ana. =)

    BalasPadam
  3. Salam.

    bajukurung@kebaya+gitar=anaraffali.

    formula itu available utk rujukan aku. orang lain aku tidak pasti bagaimana.gud luck ;p

    BalasPadam
  4. Perenggan terakhir...Bersyukurrrr

    BalasPadam
  5. syakib,
    takyah susah-susah ye. ;)

    mohadi,
    terima kasih!

    firaqness,
    A+

    Corey,
    Syukur Alhamdulillah. ;)

    BalasPadam
  6. anaraffali:)

    bunyi gitar, irama dan lagu
    mengatur nada, bersuara merdu
    berbaju kurung kelihatan ayu
    di pentas beraksi semua terpaku

    I . L O V E . Y O U

    BalasPadam
  7. Ana,1st time kenal.Kita pelik jgk nape la Ana pilih untuk baju kurung.Dalam fikiran kita masa tu.Sian dia baru pas bis jawab exam kot.Pastu,bile ana bagi blog ana.Then,tgk gambar-gambar ana.Baru la kita faham kenapa ana berbaju kurung.Time tu,kita bermonolog sendirian lagi.Ana nie suka berbaju kurung.Akhirnya,post ana kali ini telah menjawab semua persoalan kita.
    Kenapa Ana berbaju kurung tika perform.

    BalasPadam
  8. that almost put tears in my eyes :')

    BalasPadam
  9. bagus la cik ana raffali ni.. keep it up ok..

    BalasPadam
  10. er,,,ana..nk tanye skit..jgn mare ek..
    fmily ana cemane?
    parents mmg ok ke ngn haluan yg ana pilih ni?
    depa tak kisah ke..

    BalasPadam
  11. tu diaaaa!!! suruh pakai tudung pulak! Pe'el org melayu, suka sangat nk suruh org pakai tudung! meluat!

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Cil Ana, sy sebagai pereka baju dan carak baju kurung yg dipakai oleh Cik Ana pada mlm Juara Lagu 3 hari lps sgt terharu... Xsngka org yg pkai nju tu Cik Ana..hehe.. bangga tau... Last minute bru tau yg tmpahan bju tu utk Cik Ana.. Yg mkin trharunya, bila Cik Ana yg jd JUARA!!!!! Ada gak hsil krya sy dipertontonkn mlm tu..hehe..

    BalasPadam
  13. i'm so touched, Ana Raffali dengan entry ni ;')

    BalasPadam
  14. saya suke penampilan ana raffali.. lagu pon best... suara 1 dalam malaysia :) Semoga berjaya dalam kerjaya.

    BalasPadam
  15. sgt sweet! :)

    keep it up cik ana syg! <3

    BalasPadam
  16. I hope what's written in Bipop Berita Minggu today is not true.

    BalasPadam
  17. kami peminat menilai artis dari :

    tuturnya,gayanya,pemakaiannya,tingkah lakunya dan sikapnya...

    well..tiada sbb utk kami rasa kecewa dengan ada...^_^

    BalasPadam
  18. Ana..saya rindu kamu~

    kekalkan berbaju kurung. xmo seksi2 mcm artis lain. jaga diri, jaga nama baik kluarga

    BalasPadam
  19. Salaam Ana,

    Anda yang terbaekk.. Kekalkan imej timur yang sopan itu, and may Allah swt be with you always (",)

    BalasPadam
  20. sy suka dan sokong dgn penampilan ana raffali skrg nie.. bkn sng nak jmpe yg punyai attitude yg mcm nie.. teruskan... if sorg x suka, ramai lg yg suka dan minat.. ^^

    BalasPadam
  21. ana dear...today I read an article written by Kak Pora about u. Felt quite sad coz as a friend for almost 8 years..I know that what she wrote isn't true. Kepada mereka yg mudah menulis dan mengata walhal tidak mengenali siapa sebenarnya Ana Raffali..mari sini saya kenalkan. Ana adalah kawan saya sejak sekian lama dan saya amat mengenali hati budinya. Bila terbaca tentang Ana dah lupa diri..saya tahu itu tak benar. Pertamanya..Ana masih ana yg dulu. Sekarang kalau kami jumpa, dia tetap peramah and tetap humble mcm dulu. Masih seorang yg periang..tidak ada walau sedetik dimana Ana lupa diri. Keduanya...perihal Ana berbaju kurung. Tuduhan yg mengatakan idea berbaju kurung itu bukan datangnya dari Ana dan kononnya Ana hipokrit sememangnya fitnah. Kami satu jurusan waktu di UiTM. Ana hampir setiap hari berbaju kurung walau kawan-kawan yg lain berseluar dan berkemeja. Ana tetap berbaju kurung setiap hari kerana selesa. Dan apabila Ana dijemput utk membuat persembahan...tidak pernah dia memakai pakaian lain selain baju kurung. Itu adalah lama dahulu sebelum Ana terlibat dlm bidang hiburan. Saya sendiri pernah tanya Ana..taknak pakai baju lain ke? Ana cakap dah selesa pakai baju kurung. Dan ketiganya...tuduhan mengatakan Ana dahulunya pakai singlet memanglah satu tuduhan dan fitnah yg tidak masuk akal. Ye lah..Ana ni bila tidur dirumah saya pun tak pernah bersinglet. Apatah lagi di luar rumah. Saya banyak membazir bila membeli baju dan ada kalanya memberi Ana sepasang dua. Tapi baju yg tersedah atau singlet pasti dia tak mahu sebab itu bukan diri Ana. Ana ni seluar ketat sangat pun tak nak pakai. Imej Ana bila tidak ada show bukanlah seperti yg dituduh. Ana selesa dgn jeans dan T-shirt. Sangat merendah diri dan simple. Bukan memakai singlet seperti difitnah. Oleh itu..kepada mereka yg pandai memfitnah tapi hakikatnya menambah dosa sendiri..carilah hobi lain yg lebih berfaedah daripada mencari dosa kering. Sia-sia! Kalau tak mengenali siapa Ana Raffali..tak usah membuat dusta. Itulah namanya DENGKI!!

    BalasPadam
  22. Hmm...mereka yg tidak mengenali ana mmg mudah percaya dengan kata2 yg perit dn tidak berasas...
    Bg sy dia seorang yg pemalu, merendah diri dn menghormati org lain...sifat ini tidak berubah walau sedikit pn setelah menjadi seorg artis. Theres a good head on that shoulder of hers....
    Love u sis...b strong n focus....:)

    BalasPadam
  23. Semoga terus sukses dan tabah mengharungi dunia seni yang penuh cabaran dan dugaan. Dekatkan diri dengan Allah swt kerana hanya DIA yang mampu membantu kita untuk keluar dari segala kekusutan dan masalah.

    BalasPadam
  24. assalamualaikum cik ana!!!

    saya adalah peminat cik ana!!dan suka sgt dgn penampilan cik ana!!..tentang gossip yg melanda cik ana tuh!!! harap cik ana tabah n sabar dgn apa tohmahan org2 dan mulut2 puaka di luar sana!!!..
    semua tu langau yg hanya dengki dan berhati busuk, yg ingin menjatuhkan cik ana!!jus beware wit ppl nowadays!!dun trust anyone!!
    semoga cik ana terus berjaya!!! n gud luck!!!
    dun worry ramai yg ada menyokong u cik ana!!
    keep it up gurl!!!..stay cute always!!!
    luv ya!!!mmuahhh

    BalasPadam
  25. pernah ada baju kurung hijau dengan polka dot putih. dan percaya atau tidak, tudung juga dibuat dari lebihan kain untuk baju tu. hijau dengan polka dot putih.

    bila tengok balik gambar lama, rasa nak hilangkan ingatan!!

    haha...

    BalasPadam