Saya yakin awak yang membaca blog saya tahu yang saya telahpun menamatkan pengajian saya. Lebih jelas; dalam program Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa Kedua dengan kepujian dalam Kelas Pertama di UiTM.
Saya harap awak tak menanam fikiran yang bukan-bukan.
Saya memang berhajat untuk menjadi seorang cikgu. Saya memang seorang yang sukakan ilmu pengetahuan secara amnya, saya suka membaca. Saya suka bertanya, saya suka menjawab, saya suka mencari jawapan untuk pertanyaan orang. Saya pasti kawan-kawan saya di sekolah mahupun universiti boleh kata "kalau Ana tak tahu jawapan kita, dia tetap akan carikan."
Kebanyakan jawapan yang saya jumpa terselit di helaian buku-buku yang saya baca. Bukan lagi kemungkinan, saya memang ulat buku dari kecil. Saya lebih gemar membaca dari beriadah. Saya percaya jika setiap orang memegang sebuah buku yang mereka suka, dunia ini akan lebih aman. Dan ketika ingin menduduki SPM, saya sedar saya tak mau lagi menjadi seorang pegawai penyelidik seperti abah, saya mahu mengikut jejak guru bahasa Inggeris saya yang menggalakkan saya membaca dan menulis.
Mudah, bukan? Saya suka kanak-kanak. Saya percaya budaya membaca patut diterapkan dari kecil. Mesti ada sebab-sebab tertentu kenapa budak-budak sekarang kurang membaca, saya bertekad untuk memahaminya dan cuba mengubahnya. Mungkin dengan menjadi seorang guru, saya dapat mengajar murid-murid saya untuk cintakan bahasa dan ilmu yang terkandung dalam buku-buku. Mendidik mereka berfikiran luas dan terbuka, menggalakkan mereka bertanya dan mencari jawapan, untuk berkongsi apa yang mereka faham. Alangkah indahnya...
Tapi sekarang saya lebih tahu, ada sesuatu kepuasan yang lain bila sebuah lagu tertulis, menjawab pertanyaan hati sendiri. Dan kepuasan itu berganda apabila lagu itu dikongsi dan maksudnya membina rantaian kefahaman sesama insan yang tak perlu nama untuk dikenal, asalkan terbukanya hati untuk mengerti.
Saya percaya wujudnya keajaiban pada kata-kata, dalam bahasa yang menjadi tali pengikat kita sejagat. Muzik itu adalah bahasa, dengan muzik jiwa kita bertegur sapa, bertanya khabar, bertukar jenaka, bercerita, berkongsi ilmu. Sebuah lagu itu, saya kira bagaikan sebuah cerita yang terkandung di dalam buku yang menemani pendewasaan saya. Saya jumpa sesuatu yang bukan menggantikan impian dulu, hanya melengkapkan apa yang ada, *peluang mengisi ruang kosong hati* ;p
Pendidikan untuk seumur hidup. Dunia sebuah bilik darjah yang besar, dan kita adalah teman seperjuangan dalam menimba ilmu. Izinkan saya berkongsi apa yang saya tahu, dan silakan... berilah tunjuk ajar.
JIka kita buat apa yang kita cinta sebagai kerjaya, nescaya ianya bukan kerja- macam main je. Seronoknya.
BalasPadamhuu..seronok kalau dapat kejar cita-cita, tapi lagi seronok kalau cita-cita tu keinginan kita.
BalasPadamkan?
membaca buku kegemaran boleh membawa kita ke satu dimensi dunia yang menyenangkan hati. :)
BalasPadamdalam hidup kita kena buat sesuatu yang kita suka secara sukarela. kita tak suka dipaksa kan? dan sememangnya hidup ini satu proses pembelajaran (betul ke perkataan aku ni..??) yang berterusan..chaiyok2 cik ana!
BalasPadamdlu bljr mtrx ek?
BalasPadamye ke awak melayu tulen? takdak campur arab ka, cina ka, india ka, belanda ka? dah check salasilah keluarga? dah check dna? btw, saya suka muzik awak - pan
BalasPadam*peluang mengisi ruang kosong hati* ;p
BalasPadamsape la yg dpt isi ruang utk Ana ni..
btuah badan...
oooo...cikgu.. nice~
BalasPadamhai ana! i just know abt u in suria.fm yesterday when i was driving. ur voice sang lively the song "hujan bunga" really atracted my attention. i like ur voice. rajin pula saya gogle nama awak then found this blog. ;)
i like ur 'baju kurung stlye'..keep maintain it.
-ur new fan.. me : nur-
all the best ana!
BalasPadamcikgu yg sweet!
BalasPadamteruskan menulis lagu ye..kipitdap!
Woooo....Baru lepas tengok Ana perform kat RTM 1.Baju merah tu mangancam woo..Canteeekk.
BalasPadamyup!!all the best ana!
BalasPadamall the best for you :)
BalasPadamum' nterestd jugak nak main gtar.. dah beli, siap beli buku how to play guitar lag... ;)..
tapi memang tak faham cemane nak main
assalamualaikum...
BalasPadamanna raffali.... aku juga seperti peminat2 mu yang lain. wahhh... jangan gementar untuk menghadapi tembok tebal dan tinggi kerana kita tidak punya kuasa physic untuk mengetahui apa disebalik tembok itu... ketahui bahawa dirimu anna mengingatkan aku kepada seseorang yang juga punya bakat seperti dirimu.
anaaa... update blog pleaseeeeeeee...
BalasPadami was here :)
BalasPadamhehe.. terima kasih semua. saya tahu awak akan faham. ;)
BalasPadamhi ana! loove ur style.saya pon future english teacher jugak, tp still have a long wayy to go.kita sama, nak jadi ticer but at the same time cintakan seni.
BalasPadamof course saya faham awak :)
for the 1st tyme,im sure malaysia has a really talented girl like kak ana..
BalasPadamsesuai jadi cikgu muzik...
BalasPadamWah! Cik Ana sudah melangkah ke dunia seni secara total. Tahniah, tahniah! :)
BalasPadamsalam.....
BalasPadamjuz nak tnye sumtin..
cik ana nurhidayah binti mohd raffali ni
dulu blaja kt mrsm pendang kn??
naib pres bwp kn?? ptut mcm penah nampk..
bagus2...harap anda dpt menulis lagu yang bgus2 dn bermanfaat...caiyok
BalasPadambagus2...harap anda dpt menulis lagu yang bgus2 dn bermanfaat...caiyok
BalasPadamblog yang bagus, ape kate try pegi visit blog saye ni plak kalau nak tahu info yang unik dan elegan di http://tolongsenyap.blogspot.com ,try visit erk
BalasPadamnaper lma xupdate blog??
BalasPadamsis, congrats coz 1st class!
BalasPadamcongrat my senior mrsm school =)
BalasPadambuat apa yang kita suka dan suka apa yang kita buat, dapat bayaran pulak tu, perghhhh
BalasPadambru je dpt thu ana raffali ex-student mrsm kat kdh...
BalasPadamberjaya itu bermaksud apa yang kita harapkan dan mahukan kita dapat...yang penting diri kita :-)
BalasPadamana awak da jd artis ke.. terkejut dengar dari member kater ana masuk bidang nie..
BalasPadamape2pun hope u success what u want to be...ok
Lamanya tak kemas kini blog. harap succes selalu. new fan...
BalasPadamcikgu Mushala ex-homeroom adviser you kn?
BalasPadam