Satu pengalaman yang baru. Membuat persembahan di satu tempat yang tak mampu menampung begitu ramai orang dengan selesa. Mereka yang hadir rata-ratanya berwajah tertanya-tanya siapa saya.
"Saya Ana Raffali. Saya menyanyikan lagu-lagu yang saya tulis sendiri."
Kemudian saya nyanyi, dan saya dapat bayangkan mereka mula kenal dan cuba faham saya dengan lagu-lagu yang saya bawa.
Saya bukan yang terbaik, tapi saya cuba. Yang penting saya cuba untuk ke depan, dan tak menyorok belakang orang atau bawah idealogi seni untuk suka-suka sebab tak yakin dengan apa yang saya ada. Saya dah bosan mendengar orang mempertikaikan perjuangan saya atau rakan-rakan saya dalam bidang ini. Kalau betul-betul minat, buat sepenuh hati. Kalau tak serius, tolong jangan buang masa.
Saya percaya saya ada lagu-lagu yang awak mungkin dapat rasa dan suka. Saya mesti percaya itu lebih dari orang lain. Dan saya mesti menulis lebih banyak lagu yang bagus-bagus, sebab awak berhak mendengar lagu-lagu yang dikarang dan digubah sepenuh hati, untuk awak suka nyanyikan bila-bila masa, di mana-mana saja.
Terima kasih kerana mendengar, saya memang berharap awak akan kenal saya melalui lagu-lagu saya. ;)
P/S: Saya dan the Marhaens akan beraksi di Konsert Generasiku di RTM, 1 November ini. Datang dan cari saya dan geng. ;p
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
yeah cik ana..terus expresikan diri kamu!
BalasPadamsalam ana..love ur spirit!!kita tak perlu untuk mengubah diri kita semata-mata untuk memuaskan hati orang lain..kalu kita betul-betul ada matlamat dan perjuangan yang untuk dipertaruhkan,teruskan dan tak perlu toleh ke belakang..selagi segalanya berada dalam situasi yang benar,so tak salah kalu kita terus cuba terokai kelebihan diri..
BalasPadamawak cantik la..;)
BalasPadamawak tahu tak ana, ramai fans awak yang suka awak dari dulu sampai sekarang dan insyaAllah sampai masa depan, suka kerana awak adalah awak...so teruskanlah be yourself. love your songs. :)
BalasPadamhye ana.. dah tgk u kat tv3 pagi tadik.. best sgt lagu ana tu.. tahniah... bile nak kuar album. i nak beli.. x sabar2
BalasPadama big fan!!!
BalasPadamu rawks
suatu hari, aku mahu review kamu sebagai 'produk'! ya, produk yang perlu dibanggakan. produk yang bernyawa! good job buddy..may god bless u.
BalasPadamHyi ana..Kali pertama read about you n dgr ur song terus buat myself jatuh cinta wit your song, music..nice,great job..Congrats..Good luck in future
BalasPadamsy blum bksmpatan untuk dgr..
BalasPadamtapi.. mcm best jer...:)
sy ada lagu.. mntk tlg ana nyanyikan bleh?
you have your own style so be it...... insyaallah I cuba cari album you walau blom dengar..
BalasPadamtak pernah dengar lagu ana.tp nak try biasakan ngan telinga dah.haha.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsalam ana..ana,love ur song..keep it up!! u have ur own speciality
BalasPadamterima kasih kerana menjadi diri anda sendiri ;)
BalasPadamLu dirimu...lu keep on movin up srikandi... :)
BalasPadamfirst time aku tgk kau kat tv3, mhi, kau nyanyi lagu hujan bunga di kuala lumpur sambil main gitar dan berbaju kurung,
BalasPadamgua suke care lu, keep it up ana! :D
anaaaaaaaaaaa.........
BalasPadamxupdate blog ker??
tertunggu2 nih..
baru dgr lagu HBdKL..layan beb
my english teacher was a pain in the ass, but i have to admit she is 1 of the reason why i am who i am now. if not bcuz of her, may b i am just another "sampah masyarakat". i like to read too and she is the reason y i started but now i have my own reasons. by the way, nice blog : )
BalasPadam