13.6.11

Khabar angin lintang ;p

Kali terakhir saya menulis di sini, untuk menjernihkan nama saya ekoran tuduhan yang dilemparkan kepada saya dan pihak pengurusan saya beberapa hari sebelum ABP. Dan kali ini, saya menulis lagi untuk memberikan pendapat saya tentang tuduhan baru kepada saya (kiranya tanpa belas kasihan) dalam akhbar popular tempoh hari beberapa minggu sebelum APM. Saya fikir inilah hakikat industri kita. Walau saya cuba bersungguh-sungguh untuk tidak menyakiti sesiapapun, ada juga yang tersakit hati disebabkan saya, sehingga tergamak menyajikan orang lain dengan penipuan berbaur dengki. Saya mohon maaf sekiranya saya mengguris hati mana-mana pihak tanpa sedar. Cuma saya harap jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata tanpa usul periksa.


Kacang Lupakan Kulit


Saya memang sangat-sangat bertuah kerana telah ditemui oleh abang Aidit Alfian dan isterinya kak Zaza. Mereka telah membuka mata saya pada apa yang saya mampu lakukan, meniupkan semangat saya untuk berjuang dalam industri muzik, memberikan saya tunjuk ajar dan yang paling penting menjalinkan sebuah persahabatan yang tiada taranya. Saya bukan saja menjadi anak buah pada syarikat rakaman mereka, tapi kami selalu berjenaka yang saya turut merangkap sebagai anak kutip mereka. Banyak pengorbanan terpaksa mereka lakukan untuk memastikan saya mendapat peluang yang sewajarnya dan untuk itu saya sangat-sangat berterima kasih.


Keputusan untuk menubuhkan sebuah syarikat pengurusan sendiri bersama dengan kawan karib saya dan keluarga kami saya buat setelah lebih dari 3 tahun bersama dengan Indah Karya Sdn Bhd. Dalam tempoh itu banyak yang telah abg Aidit dan kak Zaza kongsi dengan saya, banyak juga yang telah saya pelajari dengan bertanya pada mereka yang saya sempat berkenalan dalam industri ini. Sehinggalah suatu hari saya tersedar sudah cukup masa untuk saya berangan lebih jauh dengan membuat pelaburan membina syarikat saya sendiri.


Salah ke? Salah ke saya berbincang dengan keluarga dan teman-teman terlebih dulu? Masing-masing memberikan pendapat yang boleh saya rumuskan; saya harus lebih bertanggungjawab atas kerjaya saya, saya perlu lebih serius dengan hala tuju dan masa depan saya sendiri. Lalu, saya berpegang pada janji yang dibuat 3 tahun lepas dimana pihak label saya telah bersetuju untuk menjaga hal ehwal pengurusan saya sehinggalah saya sudah bersedia untuk menubuh syarikat pengurusan saya sendiri.


Sekarang yang saya kurang faham, dimana pula datangnya isu saya telah meninggalkan mereka yang telah banyak membantu saya, yang saya telah lupa jasa budi abang Aidit dan kak Zaza sedangkan Aidit Alfian Records masih lagi bertanggungjawab sebagai pihak syarikat rakaman saya, dan atas perjanjian berhak menerbitkan album-album saya yang akan datang? Saya bukan si Tanggang yang tak mengaku keluarga atau asal-usulnya. Saya masih lagi dibawah bidang kuasa dan kerja label mereka dan sentiasa melaporkan hal-hal berkenaan. Perbezaannya, saya telah bertindak mengurangkan sedikit bebanan untuk kerja-kerja pengurusan artis, pada masa yang sama memberikan peluang kepada saya untuk lebih berdikari dan belajar selok-belok industri dengan lebih praktikal.


Bagi saya, jasa mereka terlalu tinggi, terlalu banyak dan tak mampu untuk saya balas. Namun saya berharap saya takkan persiakan usaha mereka selama ini dengan sentiasa berusaha sehabis baik untuk meneruskan perjuangan saya dalam industri, mempertingkatkan kemampuan saya saban hari dan menghasilkan karya-karya yang mampu dekat dengan jiwa rakyat. Setiap pencapaian saya, kecil atau besar adalah antara usaha saya untuk tidak menghampakan mereka yang saya hormat dan kasihi, abg Aidit dan kak Zaza.


Persahabatan kami yang murni sepatutnya tak diukur atas dasar untung rugi perniagaan. Tolong jangan warnakan mereka yang saya sanjung seolah-olah tidak profesional dalam bidang mereka, membiarkan emosi mengganggu urusan kerja atau terlalu pentingkan bisnes dari soal hati dan keinginan saya. Saya kenal mereka dan saya percaya mereka mahukan yang terbaik untuk saya dan kerjaya saya sepertimana saya mahukan yang terbaik untuk kami semua. Syukur Alhamdulillah, Aidit Alfian Records bertambah berkembang belakangan ini dan saya yakin mereka akan terus menjadi pemangkin kepada kejayaan lebih ramai lagi artis kelak.


Tak Ngam dengan Uncle Sohaimi


Ini lagi satu perkara yang tak masuk akal. Apalah salah kami sehingga orang sanggup mempersoalkan kredibiliti dan sikap profesionalism Uncle Sohaimi yang dikatakan tak ngam dengan saya sehingga sanggup menarik diri untuk acara yang melibatkan kami berdua? Tolong jangan bersikap keji dengan menuduh Uncle Sohaimi tak profesional sedemikian, tak ada sebab untuk dia nak bersengketa dengan mana-mana pihak termasuklah saya. Sebagai seseorang yang telah lama makan garam dalam industri ini, beliau sudah tentu mempunyai sebab yang mustahak. Sewaktu persembahan ABP beliau demam selsema dan sakit kerongkong, hinggakan beliau kurang yakin untuk memberikan persembahan yang terbaik. Tapi untuk tidak menghampakan Altimet dan saya yang julung kalinya berkongsi pentas di Arena of Stars, beliau sanggup mencari pengganti beliau sendiri sekaligus memberikan peluang pada saudara Dani untuk menunjukkan bakatnya.


Mungkin tak siapa yang lebih kenal Uncle Sohaimi daripada keluarganya. Dan saya percaya atas sebab keluarga dan perniagaan yang dibina untuk mereka juga, beliau terpaksa menarik diri daripada beberapa komitmen muzik. Dan bagi saya pengorbanan beliau demi kasih sayang pada keluarganya cukup dahsyat dan sewajarnya kita hormat. Bukan menyebarkan cerita-cerita palsu yang memburukkan peribadi beliau sebagai seseorang yang berketrampilan. Apa onar atau silap yang saya lakukan pada beliau sehingga pihak tertentu cukup senang membuat rumusan hubungan kami tidak baik? Sepanjang persembahan yang kami kongsi bersama, tidak pernah kami bertengkar atau bermasam muka atau tidak bertegur sapa langsung. Cuba tanya mana-mana pihak yang pernah bekerjasama dengan kami, mustahil.


Baju kurung


Saya tak pernah mengaku saya memakai baju kurung 24 jam 7 hari seminggu dan hakikatnya memang tidak. Saya cuba untuk mengetengahkan minat saya pada baju kurung/kebaya sebagai satu busana sopan yang indah dan sesuai untuk saya ketika saya membuat persembahan di atas pentas sambil bermain gitar. Cuba untuk meletakkan baju kebangsaan kita di tempat yang tinggi, di atas pentas berprestij, di laluan karpet merah. Bukan untuk mencari kelainan hanya sebab saya sukakan idea tersebut. Memakai baju kurung bukanlah satu perkara yang pelik untuk seorang gadis melayu, apa salahnya saya menjadikannya eksklusif untuk diri saya sendiri. Lalu saya memulakan dan meneruskan memakai baju kurung sebagai tanda sayang saya pada warisan kita. Dan antara video terawal saya yang dilihat oleh abang Aidit sebelum beliau mengenali saya adalah persembahan saya menyanyikan lagu Hujan Bunga di Kuala Lumpur memakai baju kurung merah kegemaran saya bertemankan gitar.



Mohon ampun video ni dirakam akhir tahun 2007, ketika ini saya baru je cuba-cuba nak berkongsi lagu saya dengan orang. Saya sendiri pun geli-geli dengar nyanyian saya ketika ini. Hehe.. Maaf ye!


Dan seingat-ingat saya, sepanjang kehidupan saya di muka bumi ini tak pernah pun saya memakai singlet sahaja walaupun dalam rumah. Sewaktu muda remaja dulu saya pernah memakai skirt atau seluar pendek ketika berada di luar tapi itu bukanlah pilihan saya sekarang. Citarasa saya dah berubah dan saya lebih selesa memakai seluar jeans, tshirt dan blouse ketika tidak membuat persembahan atau penampilan rasmi.


Penyebar cerita mempertikaikan sesuatu yang tak munasabah dengan menilai seseorang dari sudut penampilan bukannya hati budi. Lepas ni adakah mana-mana gadis, orang biasa mahupun artis yang memakai singlet atau baju yang seangkatan dengannya, akan mendapat konotasi negatif hanya atas pemilihan pakaian mereka? Adakah kita hanya tahu menilai orang dari apa yang mereka pernah pakai, sedang pakai atau akan pakai? Adakah pakaian seseorang mencerminkan peribadi dan hati budi? Kalau kita tak berkenan pun dengan pemakaian seseorang, adakah kita akan berhenti melihatnya sebagai seorang individu yang punya hati dan perasaan. Bagi saya setiap orang berhak memakai apa yang dia mahu, sepertimana saya punya hak untuk pakai baju kurung atau tidak pakai baju kurung. Baju kurung bukan uniform saya untuk bekerja, dah saya suka pakai untuk show, salah ke?


Tak pandai sangat main gitar


Ye, saya memang tak pandai sangat main gitar sepertimana saya tak handal sangat menyanyi. Saya juga tak pandai sangat main bola, memasak serta menganyam ketupat. Banyak perkara yang saya tak pandai sangat, dan ada juga benda yang saya tak pandai langsung. Jadi, apakah motifnya menceritakan sesuatu yang umum boleh lihat dan ketahui sendiri, sebab saya tak pernah langsung mengaku hebat dalam apa yang saya tak mahir dan saya tak pernah sembunyikan kelemahan saya di depan khalayak ramai pun. Boleh cari di youtube untuk melihat saya bermain gitar dan menyanyi secara langsung ye, bukan apa pun.


Cuma yang ingin saya kongsikan adalah lagu-lagu yang saya tulis walaupun pengetahuan saya dalam muzik sangatlah sikit berbanding mereka yang berpengalaman. Saya tak membiarkan kelemahan saya dalam bermain gitar menghalang saya untuk terus menghasilkan karya-karya yang punya cap saya sendiri. Saya takkan putus asa dalam cuba untuk menambah baik kekurangan diri. Dan semua orang tahu rezeki dari Allah, saya telah menang pertandingan menulis lagu, bukan pertandingan menyanyi atau bermain gitar. Hehe..


Hipokrit mengikut kamus dewan yang baru saya beli petang tadi (terima kasih abg staf DBP yang bagi saya diskaun) antaranya bermaksud orang yang berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat dll) baik. Bagi saya ini sudah cukup bagus daripada orang yang langsung berperangai buruk kan? Hehe.. Sekurang-kurangnya dia memperlihatkan keadaan diri yang bagus pada orang ramai, untuk tidak memperkecilkan hati mana-mana pihak, untuk menjaga perasaan orang. Dia meletakkan masyarakat terlebih dulu daripada keinginan dan kebebasan beliau sebagai seorang individu. Dia sanggup berpenat lelah meluangkan masa untuk melakukan kebaikan demi penerimaan masyarakat. Tabik spring untuk pengorbanannya yang tak terhingga. Dahsyatlah! Hehe.. ok ok, saja je nak timbulkan persoalan eksistensialisme untuk anda yang membaca.


Kesimpulannya, saya tak cari pasal dengan orang, tapi tetap ada orang tak puas hati dengan saya. Mudah, saya rapatkan kedua tapak tangan dan memohon pada yang Maha Mengetahui hati manusia.


"Ya Allah ya Tuhanku, tenangkanlah hati mereka yang menyimpan perasaan benci dan dengki terhadapku. Berikan mereka peluang untuk mengenali diriku yang hanya hamba pada kekuasaan-Mu ya Allah. Semoga mereka dapat menerimaku dan redha atas ketentuan-Mu untukku." Amin..


Terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk membaca penjelasan saya. Saya hargai.


P/S: Ada gosip saya dilihat bonceng moto dengan kekasih menghala ke selatan Malaysia baru-baru ni. Mungkin wartawan itu terlupa yang beliau sendiri telah datang pada prebiu KMJ60an yang berlangsung di IB dimana saya pun terlibat sekali. Pementasan berlangsung dari 27 mei sehinggalah 5 jun baru-baru ni. Boleh pulak saya lari sekejap dan balik sempat untuk show pukul 3 petang ye? Mungkin moto tu ada suis istimewa bertukar jadi kapal terbang untuk kemudahan saya bergegas balik kl sekali sekala. Hehe.. Bertukar! ;p











52 ulasan:

  1. mcm2..sbr yer cik anna..

    dugaan yer dunia ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA

      Padam
  2. Sabarlah... manusia memang x pernah senang melihat manusia lain senang... teruskan usaha... jangan mengalah.. biarkan mereka mengata dan menabur fitnah kerana kebenarannya hanya Alalh sahaja yang tau.. saya tetap akan menyokong Ana.. music kamu best.. hubby saya turut minat ana.. kerana nyanyian ana tidak seperti sesetengah artis skrg yang hanya tau menejrit saja... jadi teruskanlah berkarya.. 1 orang membenci akan ade 1000 orang yang menyayangi dan mengasihi mu...

    BalasPadam
  3. saya tetap percaya pada ana rafalli...go>>>go>>go>> ana rafalli..lagu kamu memang best...saya sangat suka kamu semenjak dari dalam you tube...tapi maaf tak pernah beli album pun... hi3...pedulikan kata orang ..hanya ambil utk rujukan masa kan datang.. ok ..terus kan semangat anda..love u ana rafalli.

    BalasPadam
  4. aku bukan yg artis pun penah gak tergosip dgn artis. inikan plak ana yg semakin popular. sabar la, orang xfaham yg ape kita alami. mereka cuma nmpk n buat ksimpulan sendiri

    -ksian dgn ana, ramai juga mngutuk dia. aku pun xphm ape motif. slama aku kenal ana, wlupun kita xrapat sgt dlu..aku xpenah rasa ana sombong atau perasan bagus. tak pernah sama skali. skali skala tlg aku gak kan, wlupun aku slalu tdo dlm klas. ahaks~

    BalasPadam
  5. takpe ana..ramai kat luar sana yang menyokong!!! yeahhh!! :P

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

    BalasPadam
  6. wartawan skrg ni menakutkan...x tahu ke mrk dosa memfitnah dan menyebarkan aib org lain 2 trlalu besar dosanya, sya mmg mnyampah dgn wrtawn2 skrg ni

    BalasPadam
  7. bgus sgt entry ni. biar org diluar sane bukak mata. saya mmg sgt sukekan karya ana raffali. saya pun ade blajar muzik siket-2 and skrg bru saya sdr betapa sshnye nak menghasilkan lgu. lgu-2 ana mmg saya suke sbb lirik yg dihasilkan. melodinye pun tak kurang hebat! klau bab maen gitar and nyanyi tu kte bole improve tp utk menulis lirik dan nak bg melodi, bole ke semua org? tak semua org ade bakat tu. jgn pedulikan ape org ckap, biarkan saje. teruskan berkarya! ;)

    BalasPadam
  8. Biase lah tu, dunia artis kita..
    Pantang orang menerpa nama sikit.. ade aje isu itu ini x kenan! >_<

    Banyakkan bersabar, peminat sentiasa mendoakan kebaikkan untuk sis ana!

    Good luck! :)

    BalasPadam
  9. penjelasan yang tepat & bagus!!!

    BalasPadam
  10. mulut org bkn boleh tutup ana...chill2..
    keep the good work!

    BalasPadam
  11. teruskann kak ana,,,sya pernah lihat akak ana sya tahu kak ana bukan lahh sepertii yg dikatakann.,,go2 kak ana..kami tetp menyokg

    BalasPadam
  12. abaikan ana kata2 orang yang dengki dan busuk hati ni. yang penting, kita tahu apa yang kita buat :)

    BalasPadam
  13. Sy sgt suka doa yang Ana lampirkan dlm entry blog ini. Semoga hati kita semua tidak menjadi keras/lebih keras dr batu. Adalah sgt mustahil utk kita memuaskan hati semua org. Sy harap Ana tidak menyimpan dendam ke atas mereka yg melemparkan fitnah kpd Ana. Doakan mereka celik mata hati. Jangan takut jangan sedih, Allah bersama kita. :)

    BalasPadam
  14. biasa lah ana, wartawan msia memang mcm tu, ada je berita nak sebar, poyo2 semua, gud luck ana! we luv u

    BalasPadam
  15. biarlah aper org nak kata anna...yg penting ana dpihak yg benar...all the best anne....gud luck...:)

    BalasPadam
  16. kak ana, saba ye.dugaan dtg tu tandanya Allah sygkan kite.yg pntg,kte xpnah lupe nk ucapkan terima kasih dan bersyukur atas nikmat yg diberikanNya.sentiase positif n insyaAllah 1 hr nnt "mereka2" yg memfitnah kak ana 2 akn d beri hidayah.mcm nm kak ana sendiri, ana nurhidayah.ms 2 kak ana da blh tersenyum sendiri n berkate2 dlm ht 'hmm inila petunjuk yg aku cr'.

    BalasPadam
  17. manusia ni nk tutup mulut susah...sabar ye cik ana..maju ke depan

    BalasPadam
  18. kadang2,sedih bile artis sanggup jatuhkan air muke artis supaye crite mereka laku....kadang2,lagi sedih bile crite mereka tu satu hape pon x betol(rekaan sematematik)....

    jarang2 jer yg btol2 siasat crite seblom mengetengahkan dalam tulisan mereka...yg merana,artis yg nk cari makan nnti..oO,

    BalasPadam
  19. Syabas Ana! Teruskan perjuangan.....

    BalasPadam
  20. saya nampak ramai gak wartawan skrg yg x bpe smpurna pmbwkn diri mrk..maksud sy dr sndri pn x btl,tp lbh suka menulis dan mendedahkn cerita yg belum pasti benar..lebih utk kepuasan hati krn kurg minat pd artis terten2..dan utk melariskn akhbar....ingatlah,ble dh jd fitnah apa kesannye....

    BalasPadam
  21. what goes around comes around. sabar je la ye kak :)

    BalasPadam
  22. Some people just do not want to learn to appreciate others. I am honestly praying that these kind of people shall be taken care of by GOD so that they shall been given the opportunity to redeem themselves J we cannot make them understand if they choose not too~

    sabar je :) rezki kita, Tuhan yang tentukan.
    biar kita hidup kat dunia ni, tak hidup dek puji, tak mati dek keji.

    moga sukses selalu!!

    BalasPadam
  23. Kalau Kak Ana memang berada di pihak yg betul jangan risaulah. Abaikan saja benda2 yang just disturb ur karier ni. I'm still support you!

    BalasPadam
  24. sabar...:) sokong YOU...Good Luck..

    BalasPadam
  25. i tetap sokong u anna... apa yang penting u tahu apa yang u lakukan.. tidak mudah untuk puaskan hati semua pihak..... go anna...go ana...huhu

    BalasPadam
  26. berani kerana benar takut kerana salah dan jangan kita lari dari masalah tetapi cuba menyelesaikan masalah dan yang paling penting ingat kepada ALLAH SWT berdoa kepada-NYA doa orang-orang yang teraniaya selalu dimakbulkan.... insyaallah....

    BalasPadam
  27. great ana....best baca tulisan ana raffali...alarrr rilek ler ana...biasa ler manusia kan...kdg2 mende2 gossip nie saja jer nak buat bahan kat media.....just suggest to ana raffali...maybe u can give a little bit time to watch katun spongebob...mmg kelakar giler ana n kdg2 ader pengajaran yg tersirat...good luck ana...best friend ever in the world...peace...

    BalasPadam
  28. mulut tempayan boleh ditutup...

    xyah amik port sangatlah dengan ragam manusia...

    BalasPadam
  29. saya adalah peminat muzik yang tak penah dgr pasal gosip..
    jadi, jgnlah kisah sgt :)

    BalasPadam
  30. salam ana..sy bkn lah peminat ana tp tak lah membenci ana. sy pun rasa tak adil kalau wartawan menokok tambah cerita tak betul..lg satu ada satu artikel dari satu blog ni, dia kata bahawa ana merokok..sahih ke cerita ni?ni link blog tu http://alafana.blogspot.com/2011/03/dah-panas-bontot-salahkan-orang-lain.html
    adakah ini tuduhan tak berasas?kalau blh buatlah ulasan ni utk bersihkan nama ana..demi nama baik ana

    BalasPadam
  31. thumbs up to you cik anna.... biarkan mereka terus berkata2...

    mcam prbhsa, anjing akan terus menyalak pada bukit..sedangkan bukit tetap utuh dan takkan runtuh..

    BalasPadam
  32. saya mmg minat ngn ana raffali, harap2 dapat menghiburkan hati peminat anda~~

    BalasPadam
  33. Bakhtiar: Ana, ramai orang kenal anda dan tahu apa yang anda perjuangkan. Gambatte!

    P/s: You have always been a great entertainer and I pray that you'll always be strong.

    bakh_ahmad@yahoo.com

    BalasPadam
  34. http://www.strangesquares.com

    interestin pixel site

    BalasPadam
  35. jgn pedulikan ngan ape yg mereka ckpkn janji kite taw ape yg kite lakukan.....

    BalasPadam
  36. yeay, bahasanya besttt. biasalah tu, manusia. just smile smile smile ok.

    BalasPadam
  37. terus berjalan ke depan ana raffali.. :D

    BalasPadam
  38. manusia ada macam-macam. biarkan saja. siapa pun dalam dunia ini, apa yang dilakukan pasti ada yang insan lain yang tidak berkenan.

    perasaan dengki memang sinonim dengan manusia.

    BalasPadam
  39. Rasanya ana raffali tak perlu jawab semua pertanyaan. Artis kena 'kononnya' tu biasalah.

    Dalam hidup ni senang je:
    "Samada pergi tolong atau, dok diam-diam, jangan jatuhkan orang."

    Yang mengutuk tu.. takda dalam ayat atas tu. So jangan ambil peduli.

    Muzik bagi ana adalah seni. Bagi syarikat rakaman muzik adalah bisnes. Dan dalam bisnes, takda istilah kawan, yang ada cuma rakan perniagaan. Selagi ada win-win, collaborate. Jika tiada, find other person to move forward.

    Contoh:
    P. Ramlee - Keluarga P.Ramlee yang miskin tak dapat apa2 walaupun syarikat rakaman lagu P.Ramlee sentiasa dapat RM1juta setiap tahun atas royalti lagu P.Ramlee.

    Hazama - Sebelum masuk AF, hazama menyanyi bersama MUH Meet Uncle Hussain. Sepanjang beberapa tahun dalam band MUH, MUH hanya anggap hazama sebagai artis jemputan, tiada kontrak kareer tiada masa depan, jika ada vokalis lain sah-sah hazama kena tendang keluar. Tup2 bila hazama menang AF, MUH bercakap seolah2 mereka ditinggalkan Hazama. Hazama sekarang tak boleh bersama MUH sebab ada kontrak dengan astro.

    BalasPadam
  40. hidup ini memang penuh dengan dugaan..harap bersabar...x salah dan tak pelik kalau gadis melayu memakai baju kurung...teruskan usaha

    BalasPadam
  41. Ana, saya dah mengikuti blog ana lama sebelum ana jadi penyanyi betul. dan waktu itu memang ana hanya popular di youtube. saya dah agak permainan kotor dalam industri ni akan kena pada awak. setiap kali tengok awak beri penjelasan di televisyen, saya rasa geram plak dengan tuduhan yang entah apa-apa. sebab sepanjang saya baca blog awak dulu, sampai sekarang saya tak rasa awak seteruk itu. dari awak, sampai ke yuna dan artis indie lain, saya tengok banyak ditembak sesuka hati.

    BalasPadam
  42. Ana, you're a good writer. By reading your blog, it's like hearing you talk to me, and this we cannot find in 'penulis yang tak jujur'.

    I appreciate your honesty, and love your music.
    To tell you the truth, 'Tolong Ingatkan Aku' is the rare Malay Song that I wish I could voice out myself in writing.

    Keep your head up!
    If you had some people who hate you, congratulate yourself..because you had proved that you did stood up for something, some time in your life.

    Awien

    BalasPadam
  43. pusing2 jo..xsompek nak baca..gudluck

    BalasPadam
  44. agak-agaknya bila kali terakhir anna dan suami berjimak?

    BalasPadam
  45. Be strong ana..can't wait ur next stori mori

    & to mr ismail hitchkiensonwhuteva, awak biadap, kurang ajar & cepatla pegi mampus..takde satu pun her writing mention psl u

    BalasPadam
  46. Jarang ada artis yg selalu pakai baju kurung masa show . sweet je x]

    BalasPadam
  47. Angin yang lintang, memang boleh bikin goyang

    BalasPadam
  48. Apa update terkini, Pantai timur sekarang anginnya lintang pukang
    Hehehehe

    Much more respect from Hootoh BlogGeng Bas Sekolah Musim ke 5 GBS5
    W'salam

    BalasPadam
  49. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam