14.12.08

ambil yang jernih


Kawan karib saya kata dia jarang baca blog lama saya sebab bahasa yang saya gunakan terlalu berbelit-belit. Jadi terdetik jugak untuk menulis dalam bahasa yang lebih mudah difahami olehnya, dengan harapan saya pun lebih mudah memahami bagaimana saya dapat berkomunikasi secara efektif.

Atau, memang saya sengaja inginkan alasan untuk membuat blog baru dalam bahasa melayu secara eksklusif.

Saya boleh terus memberikan justifikasi yang relevan. Tapi jujurnya, biarlah blog lama diteruskan (atau tidak) dengan penggunaan bahasa asalnya. Dan kita mulakan blog ini dengan salam perkenalan. Hi, Saya Ana Raffali. Saya gemar menulis lagu dan bermain gitar. Awak pulak macam mana?

28 ulasan:

  1. ana, its good to know yang ana ada blog dalam bahasa melayu sekarang. =D
    sebab saya sangat minat lagu anda yang berbahasa melayu!- dan ku biarkan kau terlepas, tingkap kaca and so on.

    so, salam perkenalan jugak!

    saya aisyahusein. suka petik gitar dan tulis puisi. tapi petiknya sumbang sebab selamba badak ikut sedap hati. =D

    selamat berblogging di sini.

    BalasPadam
  2. slm perkenalan juge
    sy suke lagu2 ana raffali.signifikan bagi sy mungkin
    msh belajar mengenal dunia
    msh berusaha menyebarkan senyuman dan cinta

    saya imran

    BalasPadam
  3. hi aisyah,
    mula-mula memang susah, tapi jangan berhenti sebab tu. jangan berhenti langsung. teruskan bermain gitar dan menulis, ye.

    hi imran,
    harapan yang indah. jom kita teruskan.

    BalasPadam
  4. jika bahasa berbelit-belit,pasti sesat di jalan kent.
    jika mudah dan ringkas, pasti ketemu di jalan maktab.

    hi s,
    s s s...

    BalasPadam
  5. hi adik s,
    ayuh kita bermain saidina. kuala lumpur tidak sejauh utapao.

    BalasPadam
  6. hye!saya ajim.
    sy menyokong perjuangan ana rafalli di mana sahaja!
    owh ya, saya juga menjual t-shirt!
    hehehe

    BalasPadam
  7. hai saya husni. saya suka baca buku dan makan apam balik.

    BalasPadam
  8. hi ajim,
    terima kasih dan selamat berniaga!

    hi husni,
    saya pun suka baca buku dan melihat orang menjual apam balik.

    BalasPadam
  9. ya habibi saudagar unta,
    ayuh bermain misi mustahil menawan bandar moden planet bintang.
    jika tidak keberatan ingin mengalas perut di lipatan.sudah tidak dapat menahan pedih di hulu hati.mari kita...

    BalasPadam
  10. Hai Ana!

    Saya Siber. Saya suka belajar perkataan2 baru yg keluar dari mulut kamu!

    HeHe.

    BalasPadam
  11. ehm. salam perkenalan.

    apapun. its rare to see some girls play gitar..

    BalasPadam
  12. hi hariry,
    selamat menulis!

    bukan adik s,
    mari kita.

    hi siber,
    saya pun suka perkataan2 baru yang keluar dari blog awak.

    hi titan,
    tahniah atas pencapaian awak! selamat mencari rezeki.

    BalasPadam
  13. hai ana,salam perkenalan..

    nice voice..n nice play...selamat berjaya..

    saya,
    suka petik dan tangkhap ghambar

    BalasPadam
  14. Hi Ana,

    Saya kakakmu Jannah.

    Seronok melihat kamu buka kamus untuk lihat macamne nak eja perkataan dalam bahasa melayu.

    Selamat berbelog :P

    BalasPadam
  15. hi mindfreak,
    saya suka tengok gambar. ;p

    hi jannah,
    terima kasih atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. muah2

    BalasPadam
  16. Comelnya Ana Raffali menulis dalam Bahasa Melayu. Hehe. Jangan berhenti berkarya, ya? Aku sangat gemar menikmati melodi Ana. Kedengaran tulus dan mendamaikan.

    BalasPadam
  17. hi KNB,
    terima kasih kerana kata saya comel. tentu sekali saya tak mau berhenti berkarya. terlalu seronok. ;)

    BalasPadam
  18. hi Ana.. selsema sudah elok? :p

    gua suka makan ~ hhoho

    BalasPadam
  19. Hi Ana,

    Saya telah mengikuti, membaca blog anda dalam versi Bahasa Inggeris. Sungguh berkebolehan apabila anda menulis sesuatu cerita dan pengalaman anda. Terdetik di minda untuk menulis seperti anda, tetapi minat membaca saya lebih menguasai daripada penulisan. Tentang muzik anda, saya masih tidak berpeluang menonton persembahan anda secara 'live', mungkin kerana saya berada di JB ketika ini. Mengenai Blog Melayu anda, pada pendapat saya, ia adalah satu idea yang bijak. Daripada kita merojakkan bahasa, lebih baik kita pisahkan dia supaya setiap penulisan dan karya dapat di fahami dan di kongsikan bersama dengan pengunaan tatabahasa yang betul. Semoga ia dapat menjana minda dan minat membaca yang kita tahu bahawa kebanyakkan kita, bangsa Melayu sangat kurang membaca.

    Salam,

    mhn

    BalasPadam
  20. hi noda,
    selsema memang dengki dengan saya.

    hi mhn,
    terima kasih kerana turut memahami.

    BalasPadam
  21. hai ana,
    saya jatuh cinta dengan music anda
    sangat indah dan dekat dengan hati saya

    saya juga suka membaca, dan mendengar lagu
    seperti lagu anda.

    BalasPadam
  22. Saya pun suke menulis lagu dan bermain gitar.. tetapi saya tak se'terer' cik ana.. haha

    BalasPadam
  23. holla..
    saya APi..
    tak pandai main gitar tapi suka menghasilkan lirik..

    BalasPadam
  24. hi ana..
    sy eiffel*bukan nama sebenar xP
    sy juga minat membaca..tp sy rasa mungkin tak sebanyak seperti kalian..

    wah...rupanya ana ni sgt peramah!mungkin sebab terlalu sibuk sampai tak sempat nak reply dan update blog

    BalasPadam
  25. sy minat ngn ana,,!! lagu2 y di hasilkn amat mendalam mksud nya,, kata2 y tersurat & maknanya y tersirat,,smoga ana teruskn berkarya,, =)

    BalasPadam
  26. hello,

    rasanya masih sempat naik keretapi blog Ana Raffali..

    boleh kasi link blog lama Ana? ingin sekali mengikutinya.

    oh ya, nama diberi Siti Fatimah Zaharah.
    berasal dari Kajang, selangor.
    minat muzik tapi tak ada bakat bermain alat :p
    minat bercerita tapi sayang ada anginnya:p
    tapi saya senang berkawan...

    selamat semuanya ya~ :)

    BalasPadam