16.12.08

bercerita tentang bercerita

Masa saya kecik-kecik dulu, saya suka masuk pertandingan bercerita dalam bahasa inggeris. Saya suka baca buku karya Enid Blyton, dan akan pujuk abah untuk belikan sekurang-kurangnya 3 buah bukunya setiap bulan. Saya tahu sekarang kumpul buku adalah salah satu obsesi saya.

Makin lama, saya pun makin reti baca buku-buku yang lebih matang. Dan tiba-tiba, saya mula rasa nak tulis cerita pendek. Jadi saya akan berjaga di waktu malam semata-mata ingin siapkan cerita-cerita yang langsung takde kaitan dengan SPM ketika itu. Lepas tu, kat kelas akan melawan mata lebih-lebih lagi untuk matapelajaran komputer sains yang diadakan di bilik darjah tanpa komputer. Zzzz...

Sudah lama saya tak tulis cerita. Mungkin sebab saya dah dapat bercerita melalui lagu-lagu yang saya tulis. Kadang-kadang, kalau saya terlebih rajin saya akan bercerita pasal lagu-lagu saya sebelum nyanyi. Memang sukar nak buang tabiat lama.

14 ulasan:

  1. cool..
    disinilah tempatnya untuk anda bermula menulis kembali...
    wilayah komentar anda!!
    hahaha

    BalasPadam
  2. sudah lama saya tidak cium bau sabun.hampir 48 jam rasanya.uhh sungguh indah harumannya.buih dan kulit yg masam bersatu.mencetus perasaan yg luar dari biasa.

    tidak anda merasa apa yang saya rasa?

    BalasPadam
  3. hey ana
    first watch ur performance mase tanchap sahabat.
    luv your voice, n luv the feel.

    i link u kt my blog ya.

    *nice to know u*

    BalasPadam
  4. hi siti,

    terima kasih kerana sudi singgah. dah lama tak ke layar tanchap. harap2 ada tanchap tahun baru.

    haloo husni,
    the wishing chair lagi power beb. ;p

    BalasPadam
  5. hi ajim,

    hehe.. harap-harapnye lah. seronok jugak menulis ni.

    BalasPadam
  6. Masa kecik-kecik dulu saya ambil baki dari buku latihan tahun2 lepas. Saya lukis komik. Saya baca sendiri. Saya ketawa sendiri.

    BalasPadam
  7. hi tok,
    agaknya2 masih simpan lagi tak. boleh dibukukan untuk kita ketawa ramai-ramai. ;)

    BalasPadam
  8. Tingkatan 5, saya cuba untuk menulis. Apa yang terlintas di fikiran saya akan coretkan di mana-mana buku atau kertas yang hampir dgn saya. Tetapi kebanyakkannyer berkisahkan cinta. Dan koleksi Ahadiat Akashah menjadi kegemaran saya ketika itu.

    BalasPadam
  9. hi mhn,
    apa lagi? lengkapkan dan terbitkan!!

    BalasPadam
  10. yup...
    anda bebas menulis..
    dan saya juga akan rajin membaca..
    hehehe...

    BalasPadam
  11. Insyallah sy tidak akan menulis atau menerbitkannya. Lebih senang bg saya membaca. Tapi sekarang sy tidak lg membaca "genre" cinta dan romantis, tetapi lebih kepada isu-isu atau bahan bacaan yg berat seperti politik, agama dan juga yg dapat meningkatkan minda kreatif sy.

    BalasPadam
  12. saya suka menulis tapi tak tau kenapa saya rasa tulisan saya akan sentiasa tersasar dari topik asal. perasaan nya adalah sangat sedih. dan dek kerana nak membaiki bahasa inggeris, tulisan bahasa melayu saya semakin layu. inggerisnya tak hebat-hebat juga. perasaannya berganda sedih.

    BalasPadam
  13. i love enid blyton too!

    BalasPadam