6.4.09

Borders tanpa sempadan

Rasa memang lain. Sangat-sangat lain.


1) Penonton adalah pendengar dan pemerhati, bukan pemakan, peminum atau pebual-bual kosong untuk mengisi masa lapang. Pasti konsentrasi mereka pada pentas. Terang-benderang, saya dapat lihat mata mereka merenung tepat ke arah saya. Kadang-kadang terasa sedikit gementar, nasib baik laluan cabut lari telah diblok oleh sidang hadirin.


2) Pemandangan 90 darjah. Tak cukup di hadapan, ada juga yang berdiri dan mendengar di sebelah kiri pentas. (Tapi tak boleh nak calen Maskara 13 180 darjah). Senaman kepala.


3) Lagu-lagu saya menyelit di celah-celah buku buku buku dan buku. Jika kami takde rancangan lain petang itu, mesti saya dah lama berkhemah dalam kedai buku.



4) DVD bootleg Ana Raffali l.i.v.e.01 yang dibawa kak Zaza habis dijual. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk cakap terima kasih kepada Kashfir, Nabila, Zarith, Wan (D'Blind), Kematz, dan yang lain-lain kerana sudi membeli. ;)

Petang tu saya, kawan karib dan Wani Ardy bergegas ke Nilai untuk berjumpa Fynn dan geng. Saya, Wani dan Fynn akan tampil dengan sebuah lagu baru, istimewa kami rakamkan untuk acara di bawah;



fotografi oleh aboutthelettera.com

Kurang sabar.

5 ulasan:

  1. terharu plak bila nama turut
    disenaraikan dalam entry kali ni...

    thanks...

    BalasPadam
  2. thank you kak ana..
    tak tau nak cakap apa bila nampak nama sendiri di blog kak ana
    =)

    BalasPadam
  3. Same-same Ana.KITA da link blog Ana.
    Lambat sikit sebab bz.
    Nanti,jumpe lagi masa hari bintang jatuh09.
    Good luck Ana.
    Zarith.

    BalasPadam