9.10.09

Artis

Hari ni saya ada majlis rumah terbuka Utusan. Masih cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Dikelilingi golongan media, artis dan wakil dari syarikat-syarikat yang bersangkut-paut dengan industri saya ni. Pssst.. kalau ikutkannya, saya pemalu dan gemuruh.. tapi saya cuba untuk rileks sket dan berbual dengan orang lain.

Konvo saya 18hb ni. Alhamdulillah, saya dapat tamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (Hons) dalam Kelas Pertama. Macam-macam yang saya lalui. Walaupun tak akan menjadi guru bahasa Inggeris di mana-mana sekolah dalam masa yang terdekat, saya percaya ilmu yang saya dapat selama ini menyuluh jalan saya sekarang, membantu saya mencapai matlamat saya sebagai seorang penyanyi-penggubah lagu yang hebat, InsyaAllah. ;)

Sebenarnya saya rasa pelik sangat nak gelar diri sendiri "artis" sekarang, inikan pula orang lain yang labelkan begitu. Tapi realitinya macam tu, memang saya dah pun jadi seorang "artis" rakaman dibawah Aidit Alfian Records. Nak lari macam mana? Memang ni yang saya nak buat, menyanyi dan menulis lagu, mengharapkan lagu-lagu saya dapat peluang bertempat di hati masyarakat umum, para marhaen. Jadi, nak tak nak saya kena biasakan diri, kuatkan semangat, berpegang pada janji saya nak berusaha sehabis boleh untuk keluarga dan kerja saya.

Yang penting kena jujur. Susah nak pisahkan kerjaya dengan hal peribadi kelak. Tapi, untuk yang membaca blog saya ni, harap awak biarkan lagu-lagu yang saya tulis bercakap bagi pihak saya. Ini bukan main-main. Ini bukan sekadar hobi. Ini namanya matlamat dan perjuangan hidup.

10 ulasan:

  1. congratulations ana:)
    wah2~ ist class tu..ana mmg terer english dr dulu lagik;)

    BalasPadam
  2. kak,
    tak sangka orang pertama yang tegur saya di 3 venus hari tu sekarang dah keluar radio..
    hari tu tgh drive pg bazar tiba2 dengar lagu kamu..'ait..macam kenal je'...terkejut jugak..
    tahniah ye!dan utk ijazah tesl tu.

    BalasPadam
  3. Selagi kita mampu berborak lagu dunia cita-cita,bercakap lah dengan perjuangan yang belum selesai.

    BalasPadam
  4. congrates..... atas kejayaan kelas pertama... :)

    wow... HBKL ada dalam citer papadom... taksangkayer... :P

    BalasPadam
  5. bettYone
    hehe.. Thanks! Mana ada terer, Yone!

    aishah_conteng_je
    hehe.. terima kasih!

    PETAK.!
    betul tu!

    KeMatZ
    yay! hehe.. thank you! best la cite tu. ;)

    emansipasiajim
    thank you very very much!!

    Imran
    haha.. thanks! takde Cikgu kot kat depan. ;p

    BalasPadam
  6. "Ini namanya matlamat dan perjuangan hidup." --- Tabik!

    BalasPadam
  7. lagu awak memang akan sentiasa hidup di hati peminat
    i'll always be ur die hard fan.
    ;)
    saya seronok lagu Ana Raffali dah keluar radio,dah ada dlm Papadom.
    and congratulation untuk hari esok.
    1st class!

    BalasPadam
  8. tahniah ana raffali coz dpt 1st class degree... bkn sng2.... :-)

    BalasPadam