22.12.08

LIRIK: Dan Ku Biarkan Kau Terlepas

Mungkin kau takkan tahu
apa yang ku ingin katakan padamu
kerana tiap kali ku lakukan sesuatu
pasti marah dan kecewa berpadu

Namun kau buat ku terfikir
untuk mengubah hasratku
apabila kau mengukir jawapan buatku keliru

Dan ku biarkan kau terlepas
walaupun ku berjanji takkan ulanginya lagi
oh mengapa, tak ku hentikannya?
walaupun ku cuba untuk melupakan
dirimu.

Mungkin kau takkan tahu
mengapa ku masih ada di sampingmu
walau kerapkali ku lakukan sesuatu
pasti marah dan kecewa berpadu

Namun apabila ku terfikir
untuk mengubah hasratku
kau pun terus mengukir jawapan buatku keliru

Dan ku biarkan kau terlepas
walaupun ku berjanji takkan ulanginya lagi
oh mengapa, tak ku hentikannya?
walaupun ku cuba untuk melupakan
dirimu.

Aku tak mungkin kan tahu
apa sebenarnya yang harus ku lakukan
lebih mudah bagiku
untuk melupakan dirimu

Dan ku biarkan kau terlepas
walaupun ku berjanji takkan ulanginya lagi
oh mengapa, tak ku hentikannya?
walaupun ku cuba untuk melupakan
dirimu.

oh mengapa, tak ku hentikannya?
walaupun ku cuba untuk melupakan
dirimu.

Lagu dan lirik oleh Ana Raffali (© 2003 anaraffali muzik ent.)

18.12.08

Hujan Bunga di RANtAi


ana raffali, originally uploaded by afiqR.

Afiq ambil gambar ini masa kat RANtAi Art Event. (terima kasih Afiq) Saya dan the Marhaens telah sampaikan 7 buah lagu. Antara semua lagu tu, yang paling saya suka ialah Hujan Bunga di Kuala Lumpur.

Dahlah, sebelum giliran kami, hujan turun dengan lebat. Macam tak mau reda langsung. Rasa bersalah pulak tulis lagu dengan lirik "hujan ini tak akan reda". Sebab betul-betul rasa macam hujan tak nak reda. Kesian semua orang berlari-lari cari tempat berteduh. Kalau orang suka main hujan takpelah jugak. Ada ke orang nak main hujan ribut petir atau banjir kilat? Mungkin kalau orang tu daripada spesis katak.

berkawan dengan kucing

Saya suka kucing. Dulu kawan karib saya seekor kucing, namanya Jerry. Tiap-tiap malam dia akan lompat atas selimut biru (wangi) saya dan tidur sampai ke pagi. Kira rapat ibarat teman sebantal lah ni. Dia pun suka ikut saya lepak kat laman atau atas atap untuk lihat bintang, main kejar-kejar, tangkap tikus (saya tengok je).

Tapi jodoh kitorang tak lama. Suatu hari dia lesap entah ke mana. Kitorang suspek dia sakit dan tak mau saya sedih hati kalau dia pergi, lalu dia pun lari.

Jerry memang kucing yang hebat, dia macam tahu apa yang saya rasa. Bila saya menangis, dia akan teman sampai saya puas. Bila saya sejuk, dia akan menempel tepi saya. Kadang-kadang saya rasa macam dia dapat baca fikiran saya. Bila Jerry dah takde, tak ada kucing yang dapat ganti dia.

Kawan karib saya pandai layan kucing. Masa tengah menunggu di satu studio dimana ada kira-kira 7 ekor kucing yang sihat-sihat dan montel-montel sedang berkeliaran manja, 2 ekor kucing telah berjaya mengambil kesempatan ke atas kawan saya.

Mula-mula si coklat melabuhkan perutnya di atas perut kawan saya sambil merenung dalam ke mata kawan saya. Dia bagai dipukau terus mengusap kepala dan leher si coklat sehingga si coklat hampir tersengguk-sengguk, sungguh selesa agaknya.

Kemudian bagai sudah puas dengan layanan eksklusif yang diberi, si coklat bangun dan beredar. Kini tiba giliran si hitam pula untuk mendapatkan kasih sayang. Si hitam lebih besar dari si coklat tetapi ini tak menghalangnya untuk mengambil tempat yang sama di atas perut kawan saya. Kawan saya mula menjalankan tugas.

Tidak lama kemudian, kami lihat cecair jernih menitik jatuh dari mulut si hitam. Bila kami bangun untuk pulang, t-shirt kawan saya dihias dengan tompok-tompok basah. Kawan karib saya memang pandai layan kucing.

16.12.08

bercerita tentang bercerita

Masa saya kecik-kecik dulu, saya suka masuk pertandingan bercerita dalam bahasa inggeris. Saya suka baca buku karya Enid Blyton, dan akan pujuk abah untuk belikan sekurang-kurangnya 3 buah bukunya setiap bulan. Saya tahu sekarang kumpul buku adalah salah satu obsesi saya.

Makin lama, saya pun makin reti baca buku-buku yang lebih matang. Dan tiba-tiba, saya mula rasa nak tulis cerita pendek. Jadi saya akan berjaga di waktu malam semata-mata ingin siapkan cerita-cerita yang langsung takde kaitan dengan SPM ketika itu. Lepas tu, kat kelas akan melawan mata lebih-lebih lagi untuk matapelajaran komputer sains yang diadakan di bilik darjah tanpa komputer. Zzzz...

Sudah lama saya tak tulis cerita. Mungkin sebab saya dah dapat bercerita melalui lagu-lagu yang saya tulis. Kadang-kadang, kalau saya terlebih rajin saya akan bercerita pasal lagu-lagu saya sebelum nyanyi. Memang sukar nak buang tabiat lama.

14.12.08

ambil yang jernih


Kawan karib saya kata dia jarang baca blog lama saya sebab bahasa yang saya gunakan terlalu berbelit-belit. Jadi terdetik jugak untuk menulis dalam bahasa yang lebih mudah difahami olehnya, dengan harapan saya pun lebih mudah memahami bagaimana saya dapat berkomunikasi secara efektif.

Atau, memang saya sengaja inginkan alasan untuk membuat blog baru dalam bahasa melayu secara eksklusif.

Saya boleh terus memberikan justifikasi yang relevan. Tapi jujurnya, biarlah blog lama diteruskan (atau tidak) dengan penggunaan bahasa asalnya. Dan kita mulakan blog ini dengan salam perkenalan. Hi, Saya Ana Raffali. Saya gemar menulis lagu dan bermain gitar. Awak pulak macam mana?