23.1.09

LIRIK: Mekanika


Dulu dunia jadi saksi ku gila.
Senyum bersedih,
menangis gembira.
Mujur aku ditampar sedar.
Aku bukanlah sekadar
mekanika.

Yang senang
kau pasang
semula
bila patah.
Yang mudah
kau baiki
bila goyah.

Dulu kau bisik janji tanpa makna.
Hanya hanyut dalam harapan semesta.
Dan akhirnya kau dihimpit rasa.
Hatimu bukan sekadar
mekanika.

Yang senang
kau pasang
semula
bila patah.
Yang mudah
kau baiki
bila goyah.

Dulu dunia jadi saksi ku gila.
Minum air mata,
makan lagu cinta.
Mujur aku ditampar sedar.
Aku bukanlah sekadar mekanika.

Yang senang
kau pasang
semula
bila patah.
Yang mudah
kau baiki
bila goyah.

Lagu dan lirik oleh Ana Raffali (© 2008 anaraffali muzik ent.)


Video courtesy of booganik

2 ulasan:

  1. dulu aku berimpian menjadi mekanika
    aku mahu dipanggil MekaMan
    aku tak mahu lagi bersedih
    aku benci menangis bukan dalam duka

    tv menjadi saksi
    aku tidur berdiri
    hilang gembira dari diri
    luka yang sembuh sendiri
    tiada pemujuk hati

    dulu aku berimpian akulah MekaMan
    menjaga dunia dari pembulian
    kusangka mudah baiki apa yang teruk
    mahupun menyambung segala yang remuk
    kenapa hatimu tidak begitu
    mengapa hubungan kita melayu

    kau telah menyaksi
    MekaMan tiada hati
    hilang gembira dari diri
    patah tumbuh sendiri
    tak mampu memujuk hati

    dulu kita bersama berimpian
    engkaulah heroin MekaMan
    namun tiada kita sangka
    MekaMan bukan manusia

    BalasPadam