16.5.09

LIRIK: Cuba Jangan



Cuba Jangan

kau suruh ku masak sedap-sedap
agar ibumu setuju
aku turutkan saja.
ku bergelut dengan sayur, ikan
yang namanya ku tak tahu
hingga akhirnya ku capai telefon
untuk panggil bomba.

aku bukan yang terbaik
tapi ku cuba
ku cuba
hanya satu yang ku pinta
agar kau cuba
kau cuba

jangan suruh aku jadi seperti dia
aku tak mahu walau ku daya
kalau tak nak
usah bilang kau nak
biar aku jadi seperti aku
bukannya susah untuk mengaku
ada sebab kau tinggalkan dia

kau suruh ku make-up lawa-lawa
agar temanmu cemburu
aku tepekkan segala.
ku bergaduh dengan bedak, gincu
yang tak serasi dengan ku
hingga akhirnya kau temankan aku
ke klinik pakar.

aku bukan yang terbaik
tapi ku cuba
ku cuba
hanya satu yang ku pinta
agar kau cuba
kau cuba

jangan suruh aku jadi seperti dia
aku tak mahu walau ku daya
kalau tak nak
usah bilang kau nak
biar aku jadi seperti aku
bukannya susah untuk mengaku
ada sebab kau memilih aku

mana mungkin ku kan terima
jadi bayang-bayang dirinya
dan berhenti menjadi aku.

jangan suruh aku jadi seperti dia
aku tak mahu walau ku daya
kalau tak nak
usah bilang kau nak
biar aku jadi seperti aku
bukannya susah untuk mengaku
ada sebab kau memilih aku

Lagu dan lirik oleh Ana Raffali (© 2009 anaraffali muzik ent.)

16 ulasan:

  1. sekali bace..ketawa gila2
    dua kali 2 bace..ketawa..
    3 kali bace & hayati..diam

    BalasPadam
  2. tak dapat pun dengar kat revernation
    huhu~~

    BalasPadam
  3. record la anna. saye nak dgr lagi. first time dgr mase 3 venus, terus me n my sister dok nyanyi2.

    hahah. best

    BalasPadam
  4. mcm utk suami je lgu ni...haha best giler...lwk pon ade...

    BalasPadam
  5. dis song is great, loving it... thanks fr coming to the ekspo komunikasi dan media.. ohh and also eventho its along time.. thanks for coming to Dangsuria's wedding :)

    BalasPadam
  6. I'd rather be hated for who I am, than loved for who I am not. ..coz the worst crime is faking it.

    BalasPadam
  7. lirik lagu ni ada makna yang sangat mendalam.
    Tahniah, kak Ana!

    BalasPadam
  8. best r lirik lagu ni...cm pe yg berlaku kt aku suatu masa dulu....tahniah sis!!!

    BalasPadam
  9. ske2..best2..
    i'l always support u ana~
    truskan berkarya~

    BalasPadam
  10. bagusla liriknye... santai tap bermakne..
    "mana mungkin ku kan terima
    jadi bayang-bayang dirinya
    dan berhenti menjadi aku"

    BalasPadam
  11. like the lyric.sangat santai dan mudah difahami...:)

    BalasPadam
  12. "hingga akhirnya kucapai telefon untuk panggil bomba"
    boleh pinjam ayat ni?

    BalasPadam
  13. lagu faverettt sy yg amat2 sgt..
    inspired me to understand myself better...
    thanks Ana for the nice and great song..

    BalasPadam
  14. no 1 kt xfm .. congrats.. :)

    BalasPadam