8.6.09

LIRIK: Masih

Masih (2.0)




Bila cinta mula menyepi
inginkan jalan mudah
dan kisah kita diakhiri
satu hati terpisah

namun kini
ku masih sayang padamu
walau kau telah
mungkirkan segala
dan aku masih terkenangkanmu
walau kau telah
lupa kisah kita
ku sayang padamu

keraguan yang kau timbulkan
kau biarkan tertanam
sehingga aku kau pinggirkan
untuk mengejar semalam

namun kini
ku masih sayang padamu
walau kau telah
mungkirkan segala
dan aku masih terkenangkanmu
walau kau telah
lupa kisah kita
ku sayang padamu

Lagu dan lirik oleh Ana Raffali (© 2004-2005 anaraffali muzik ent.)

NOTA: Antara lagu terawal yang saya tulis bila mula-mula main gitar. Masa tu kawan saya Ima baru putus cinta, saya sedang main gitar sambil menyanyikan "aku masih sayang padamu...". Dia terus kata nak tuliskan lirik. Kami bekerjasama; berikut adalah lirik asal yang saya ingat-ingat lupa. (Setelah mencarigali, terjumpa buku nota lama saya yang tertulis lagu-lagu lama.)

aku seringkali bertanya
siapakah diriku
berbanding dengan dirinya
aku ingin tahu

kerana
aku masih sayang padamu
walau kau telah menolak cintaku
namun ku masih percayakanmu
walau kau telah lukakan hatiku
ku sayang padamu

Sayangku kembalilah padaku
jika kau dilukai
kerana ku masih disini
kau masih dihatiku

Lagu: Ana Raffali
Lirik: Azima Aziz & Ana Raffali

Saya membuat keputusan untuk menulis semula liriknya setahun kemudian.

Kenapa?

Asalnya lagu masih adalah mengenai apa yang Ima lalui. Bila giliran saya berhadapan dengan keadaan sedemikian, tergerak untuk menceritakan kisah saya dan "dia" pula. Bagi saya, hampir kesemua lagu-lagu yang saya tulis (kalau tak berpegang) bagaikan bersentuhan dengan apa yang saya alami, menyerap dan bercambah menjadi entiti lain.

Saya hanya tahu menceritakan apa yang saya rasa atau mampu rasa, langsung tak ingin jadi orang lain selain dari diri saya sendiri. Tapi kadangkala hanya ikut naluri yang memegang watak dan melakar wajah.

Jadi masih yang baru adalah watak saya sebagai seorang yang pernah bercinta dan masih sayang, bukan mahukan "dia" kembali, cuma mahu mengakui apa yang benar, agar tak hidup dalam penafian.

Kenapa kena cakap?

Daripada simpan sesuatu yang hanya akan makan dalam, lebih baik jujur dengan diri sendiri. Lagipun, sayang itu adalah satu perasaan semulajadi yang indah. Kita belajar dari kecil untuk "sayang mama sayang papa, selamat malam". Kenapa perlu sorok. Saya sayang mummy dan abah, keluarga saya, kawan karib dan kawan-kawan saya, kucing saya, geng marhaens, kaum kerabat geng marhaens, dan awak yang sedang baca ni pun saya sayang jugak tau tak?

Berkasih sayang sesama insan itu tak salah, cuma jangan jadikannya satu permainan. Kena pulak ada orang yang menang dan ada orang yang kalah. Tak bes.

14 ulasan:

  1. "Asyik-asyik lagu cinta. Asyik lagu cinta. Buat la lagu macam mana nak cari duit. Macam mana nak kahwin du.."- Hj. Bakhil dalam Labu dan Labi.

    Kalau Tok pandai buat lagu pun, Tok akan buat lagu cinta. Rasanya 90% lagu dalam dunia ni pasal cinta.

    BalasPadam
  2. cinta pon cinta la tok...
    janji layan~

    cik ana,
    clap...clap...clap... :-)

    BalasPadam
  3. tok,
    kisah orang eskimo dan bahasa saljinya. pusing-pusing situ jugak, saya tak boleh lari.

    jo,
    terima kasih kerana melayan!

    iSpy,
    samalah kita. hehe..

    BalasPadam
  4. msa di HBJ, sy tngkap nangis je dgr lgu Masih.
    lol!

    tp mmg lirik dan lagu, terbaik.

    ulang tayang video 5 kali sehari. =)

    BalasPadam
  5. lagu terbaik
    terkena batang hidung

    akak nampak sweet masa HBJ.
    =)

    BalasPadam
  6. nice song...

    sy juga bermain muzik,
    tp sy tk pndai menguabh lirik.
    tk pndai mencipta lgu,
    hya main lagu org.

    ciptakan satu lgu utk sy?

    =)

    BalasPadam
  7. kenapa kena cakap...

    tp kadang bile kite cube berlaku jujur..akan makan diri sndri jugak..
    huk..guane tuh...

    BalasPadam
  8. saya rasa saya dan ima mungkin mangsa perkara yang sama.
    alahai.

    sakitnya bila sebenarnya tahu,
    dari awal lagi diri dah kalah.
    diperbanding,diperguna untuk melupa.
    bila dia tewas,diri menjadi mangsa.

    sakit cinta ni.
    sakit sangat.

    BalasPadam
  9. Ana Raffali - Hujan Bunga di Kuala Lumpur - Konsert Gegar Generasiku
    http://www.youtube.com/watch?v=QUbR5NwzB8Q

    Ana Raffali - Mekanika - Konsert Gegar Generasiku 2009

    http://www.youtube.com/watch?v=xA-JuS4G36M

    BalasPadam
  10. hopefully u still write this song style (Masih) for malaysian music..but for outside malaysian,u choose ok..keep push to limit..hopefully ana raffali dont give up okeh =)

    BalasPadam
  11. like,,,,suka sngt lagu ni..buatkn tingat kn ssorg.....hu3

    BalasPadam
  12. hurm .. sye minat kak ana ble sye dgr lagu tolong ingatkan aku t0 ..rse tertarik sangat dngan lagu t0 .. lagu masih ny plak best gak ad laa ckit2 kne mngena dgn kisah sye dgn bkas sye ..

    BalasPadam
  13. lagu ni paling bes, kak ana!!! saya minat sama kamu!!! hee

    BalasPadam