12.2.10

LIRIK: Hatiku Kau Pegang

Semalam ku termimpi
kau telah membawa lari
oh hatiku jauh pergi
adakah ini satu petanda
kau akan ku jumpa nanti?

Sekian lama sudah
ku jalan tanpa berteman
oh diriku takut nanti
kau dekatiku
dan tumpang lalu
tinggalkanku tersipu-sipu

Pelbagai cara telah ku lakukan
untuk menyingkirkanmu dari benak fikiran
tapi semuanya hampa belaka
kau mula meraja di minda
hatiku memangpun kau pegang
lepaskannya, pulangkannya padaku

Setelah ku bertekad
tak mungkin ku terjerat
oh jantungku jatuh lagi
melihat engkau
tersenyum comel
hancurkan rancangan aku

Pelbagai cara telah ku lakukan
untuk menyingkirkanmu dari benak fikiran
tapi semuanya hampa belaka
kau masih meraja di minda
hatiku memangpun kau pegang
lepaskannya, pulangkannya padaku

Lagu dan lirik oleh Ana Raffali (© 2010 anaraffali muzik ent.)

NOTA: Pertama kali membuat persembahan dengan lagu in bersama dengan Pito di Maskara 19.


5 ulasan:

  1. saya berada di sana malam itu. anda sangat hebat! :)

    BalasPadam
  2. salam..
    hai ana..
    lirik yang menarik..
    sangat pasti keadaan itu sangat tak menyenangkan..
    susah sebenarnya nak buang jauh kan?..
    :)

    BalasPadam
  3. best gler lagu ni..tone suara sesuai ngan lagu

    BalasPadam
  4. suke lyric nih.. actly, sume lagu ana pn best2.. :)

    BalasPadam