Penat sebenarnya, kebelakangan ni. Saya percaya mereka yang mengikuti perkembangan saya faham apa yang saya maksudkan. Agak lucu memikirkan, pada peringkat awal pembabitan saya dalam bidang ini saya telah diberi amaran tentang dunia hiburan dan gosip buruk yang seolah-olah berpaut pada mana-mana penggiat seni. Dan untuk mengalaminya sendiri, saya mula sedar akan betapa mencabarnya 'kerja-luar kerja' saya yang sebenar.
Tidak adil bagi mana-mana individu untuk menilai seseorang hanya melalui khabar angin, atau pemerhatian yang tak benar-benar terperinci. Membuat andaian tanpa usul periksa adalah punca salah faham. Pepatah kalau tiada angin masakan pokok bergoyang seolah-olah menjadi 'anthem' atau lagu rasmi bagi mana-mana individu untuk memanjangkan cerita, alasan untuk membenarkan tindakan menyampaikan berita negatif kepada orang lain. Mana-mana orang boleh bikin cerita, oleh itu sejauh mana kita mempercayainya bergantung pada niat di hati. Kalau kita bersangka buruk pada seseorang, buruklah yang dilihatnya. Jadi, saya faham bahawa saya harus redha dengan kelemahan saya yang tak mampu menawan hati semua orang. Namun saya takkan biarkan gosip mematahkan semangat saya untuk bekerja.
Tapi, hati saya tergerak untuk menulis sesuatu untuk ditujukan kepada seseorang yang saya fikir berhak untuk mendapat penjelasan dari saya. Salah satu sebab beliau pernah menjadi mangsa kepada kelewatan saya tempoh hari (dan untuk itu saya memohon maaf sekali lagi) dan saya fikir keprihatinan beliau wajar di ambil kira.
Assalamualaikum,
En. Hazrey, saya Ana Raffali dan saya mohon maaf terlebih dahulu sebab akan mengambil masa encik untuk membaca entri saya ini tapi saya cuba untuk menjadi seringkas-ringkas yang mungkin.
Tentang entri encik mengenai saya dimana encik telah "quote kenyataan saya kepada MStar", saya ucapkan terima kasih kerana sudi mengetengahkan isu itu. Encik berhak untuk bertanya, mungkin juga encik berhak untuk memperkecilkan, memperlekehkan dan menghina pihak pengurusan kami. Oleh kerana itu saya juga percaya encik berhak untuk tahu keadaan sebenar atas dasar ambil berat encik tentang saya dan segala gosip tentang diri saya.
En. Hazrey harus faham bahawa mana-mana individu yang memberi kenyataan kepada surat khabar harus redha akan kemungkinan kata-katanya tidak akan ditulis sepertimana dicakap. Ada yang ditambah dan ada juga yang ditolak. Dalam kes saya, MStar tidak berkesempatan untuk melaporkan bahawa, web tv itu telah meminta saya untuk membuat persembahan, menyanyikan lagu saya.
Seperti yang En. Hazrey tahu, kebiasaannya atau "standard practice" untuk mana-mana rancangan tv termasuk rancangan web, mereka ada menyediakan token sekiranya ia bukan penampilan berbayar. Tak banyak, tapi mencukupi untuk kos seperti minyak, tol dan sebagainya supaya atas dasar hormat kepada artis, dia tak perlu membayar untuk melakukan kerjanya. Jika penampilannya dilihat sebagai promosi, ia seharusnya dibuat melalui syarikat rakaman atau label yang mempunyai bajet berdasarkan pelan promosi mereka sendiri. Tapi ada kalanya, memang token tidak disediakan dan saya tetap luangkan masa membuat penampilan tanpa meminta, merayu atau memeras ugut mana-mana produksi atau pihak media sepertimana yang telah dihebahkan di kolum gossip. Tanyalah mana-mana suratkhabar, majalah, stesen tv yang pernah bekerjasama dengan saya sebelum ni atau selepas, tak pernah dibuat.
Oleh sebab itu, saya harap En. Hazrey dapat faham bahawa pengurus saya hanya bertindak atas permintaan yang diajukan kepadanya. Saya lihat En. Hazrey terlepas untuk menilai artikel murai itu dimana penulis sendiri kata sumbernya adalah junior kepadanya jadi besar kemungkinan dia sendiri belum bersedia menghadapi soalan-soalan umum berkenaan undangan untuk membuat persembahan.
Benda kecil seperti minta untuk sediakan baju makeup dan sebagainya pun bukanlah satu isu. Ada rancangan tv yang mendapat sponsor untuk memperagakan baju, ada produksi yang memang menyediakan makeup. Dan ada yang memberi kelonggaran pada artis untuk menyediakan baju dan makeup sendiri. Tak wajarkah pihak saya bertanya tentang mana satu menjadi ikutan pada mana-mana produksi yang meminta saya membuat penampilan untuk memudahkan lagi urusan kami menyediakan apa yang tiada.
Ada bezanya bertanya dan meminta. Mungkin sumber gosip ini terbiasa meminta sesuatu dengan bertanya. Contoh; Di sebuah kedai runcit di pekan, pelanggan bertanya "Abang, biskut meri ada?" jurujual jawab "Ada." dan sambung baca blog di ipadnya.
Itulah yang berlaku, maaf atas salah faham dan kesulitan yang berlaku. Seperkara lagi, En. Hazrey telah mengungkit insiden saya lambat. Saya tahu benda ni dah lama berlaku dan saya telahpun menulis memohon maaf. Fitnah yang saya maksudkan adalah menokok tambah apa yang berlaku untuk menjadikan ianya lebih sensasi sedangkan apa yang berlaku bukanlah seperti yang dikhabar. Semestinya, pepatah buang yang keruh, ambil yang jernih sewajarnya kita amalkan. Saya mohon maaf pada En. Hazrey kerana menjadi mangsa pada kelemahan saya ketika itu, dan saya mohon doa pada Yang Maha Pengasih untuk membuka hati En. Hazrey menerima maaf saya. ;)
AnaNOTA : Untuk pengetahuan En. Hazrey, pihak kami telahpun bersetuju untuk ditemuramah oleh pihak berkenaan tanpa bayaran atau token dan penggambaran untuk sesi tersebut telahpun dibuat. Saya dimaklumkan sumber cerita yang dimaksudkan sendiri terkejut dengan ruangan gosip tersebut kerana beliau mengaku hanya bercerita tentang perbualan dengan pihak pengurusan saya secara kasual tanpa niat untuk menjadikannya cerita sensasi. Jadi mungkin salah faham ini tak berpunca antara pihak saya dan pihak beliau, tapi telah diubah suai oleh pihak ketiga yang tak tahu keseluruhan cerita.
ish ape la diorg nih...hopefuly en.hazrey tu bacer oke.
BalasPadambest of luck to u cik Ana :))
dunia seni sangat mencabar. :)
BalasPadambe strong
alah jgn layan sgt benda macam ni ye...ni nak citer..tadi kat office quite busy siapkan invoice...dan kira gaji staff.otak dah penat duk kira2 apalagi terus kite layan lagu sis lah kat you tube he3...baru boleh sambung buat kerja...
BalasPadamdunia seni pun dah mcm politik skrg..suka putar belit.kekeke
BalasPadamkuatkan semangat ana
BalasPadambetul ckp mangosten tuh -.-"
BalasPadampaling senang pekakkan telinga. mulut org mmg susah nak ditutp. :)
BalasPadamSometimes people can talk anything but only ALLAH S.W.T knows. If you think that you did the correct thing, is better for you to ignore all the rubbish. Wish you luck for your career.
BalasPadamhemm ..... inilahh dia sandiwara di Malaysia ... semuanyer nak diperbesar besarkan .... padahal artist sendiri tu ... kalau artist luar bukan main lagi dicanang canang bagus lahh apa lah ....
BalasPadamharap Cik Ana kita bersabar dan tabah hadapi segala rintangan dalam dunia hiburan ini ...
hadapi dengan senyuman ...... :)
kita lakukan SEHABIS BAIK punyer .... ;)
Contoh; Di sebuah kedai runcit di pekan, pelanggan bertanya "Abang, biskut meri ada?" jurujual jawab "Ada." dan sambung baca blog di ipadnya.
BalasPadamu jadi je cam ct nurhaliza dulu, bila dikeji, senyum. bila ditnye komen, balas no komen. see.see.
BalasPadammanusia boleh berbunyi macam2 walaupun angin belum bertiup..
BalasPadamhaha..sis bertahan oke!
BalasPadampeople always judge other people.... but for what reason..??? hmmmm... maybe they forgot... we are 'here' not to judge but to be judged... ;-)
BalasPadam=)
BalasPadambe strong dear~!!abaikan jew ckp2 org yg dengkikan u...;)
BalasPadamrilex lah dear ,
BalasPadamdorang dengki sebab you cun kot !
hehe . :)
sehabis baik pom3, suka dgr lagu awk...sabar sis apa2je yg dtg ini ujian yg dtg dari Allah :) ya Allah teringin nk jumpa ana raffali one dy
BalasPadampedulikan apa orang kata. keep it on! :)
BalasPadamAssalamualaikum cik Ana,
BalasPadamI am one of your fan...i featured you in my blog...:)
http://noradzwatyrokkafella.blogspot.com/2011/01/kerana-ana-raffali-semalam.html
http://noradzwatyrokkafella.blogspot.com/2011/03/okthis-is-awkwardme-vs-ana-raffali.html
http://noradzwatyrokkafella.blogspot.com/2011/04/dulu-ana-raffalisekarang-marsha-pulak.html
whatever la cik ana oi.janji kita tahu ape yg kita cakap.wartawan kene cari+reka+nasi tambahkan cerita yang ada. kalau diorang bagi cerita asal,melodi bungkus.
BalasPadamSokong Cik Ana!
BalasPadamSinggah Blog Cik Ana..nak follow boleh?
Latest Entry : Jom ExChange Link dengan Blog UpProfits!
and : Let's Make Malaysia the FB Capital of the World!
Salam ana,
BalasPadamx sangka ana sudah terkenal skrg. congrats! Patut laa mcm familliar je. Teringat zaman2 kat uitm sekilau dulu, ana-sweater-cap-guitar mmg tak lekang.rasenye u penah dtg my room and main gitar ngan gwen mase i first sem. kalau i tersilap org, sorry ye. anyway, i used to remember one of bukit sekilau's lecturers used to say to me "Tengok macam ana tuh, berani n die tak kisah pun org nak cakap ape. I believe she's going to be somebody someday" Fuh..nampaknya kata2 lecturer tu betul(FYI, if u still remember 'daddy gatal' tu)haha.Anyhow,I've always admired you courage, girl! Apepun, harap ana sentiasa akan menjadi 'ana' yg dikenali dulu ; down-to-earth selalu..dan sentiasa menjaga tatasusilanya n jgn lupa n hanyut dalam dunia k... all the best ana!!
Hye cik ana,
BalasPadamDalam hidup ni bukan senang untuk menyenangkan semua orang.. Itu hakikat. Kalau en hazrey berada pada tempat Cik Ana sekalipun mesti dia akan mengalami situasi yang sama. So jangan jadikan hal sebegini sebagai pelemah semangat. Ubah ia menjadi sebagai batu loncatan untuk lebih sukses pada masa akan datang. Keep it on yer. Good Luck.
Kak Ana,people always talk bullshit.So,let them be.
BalasPadamBe strong Kak Ana.We know,you're the best among the best.:)
lots of love
Ana Raffali ad didalam ceritaku :D
BalasPadamhttp://eleventx.blogspot.com/2011/05/my-story-pertarungan-antara-gajah-dan.html
Hi Ana! We would like to invite your for the launch of fashionistas.my the best fashion web store in Malaysia. Please drop us your name and email to: info@fashionistas.my
BalasPadamAna nak kahwin akhir bulan Feb ni dgn jejaka idaman Naim...baguslah tu...
BalasPadamhi senyap je sejak kahwin...apa dah jadi...bungkus ke
BalasPadamtapi kalau x nyanyipun bagus, x hilang apa2 pun dunia hiburan
BalasPadam