29.7.09
LIRIK: Hujan Bunga di Kuala Lumpur (HBKL)
Ramalan kaji cuaca kata
aku kan jatuh cinta
tapi tak pula beritahu dengan siapa.
Lalu hari ini ku berlari
mencari-cari
si dia yang bakal
miliki hati ini.
Mungkin dia ada disitu,
tersenyum padaku,
namun malu-malu.
Hujan bunga di Kuala Lumpur
kini sudah tiada masa
untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita kata
hujan ini tak akan reda.
Ikut rasa ingin sahaja
aku hampirinya
tapi ku takut apa pula kata semua.
Bukan senang untuk
ku meluangkan masa ini
sekadar peluang mengisi
ruang kosong hati.
Mungkin dia ada disitu,
tersenyum padaku,
namun malu-malu.
Hujan bunga di Kuala Lumpur
kini sudah tiada masa
untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita kata
hujan ini tak akan reda.
Lagu dan lirik oleh Ana Raffali (© 2007 anaraffali muzik ent.)
NOTA: Hari ni saya dapat tahu HBKL dah ada caller ringtone. Untuk pelanggan Maxis dan Digi. Wow.. Terima kasih banyak-banyak untuk mereka yang beli servis ni. Terima kasih kerana sudi bawa hujan bunga di tempat masing-masing. ;) Bagi pelanggan Celcom, sila tunggu ada seprais dari kami ye.
Mungkin seharusnya, bila kita rasa sebak, sedih, marah, kecewa, penat, rindu yang buat kita rasa nak nangis, kita diingatkan bahawa masa tak perlu berhenti dengan rasa yang menyakitkan hati. Ramalan tak semestinya berlaku, tapi ia membawa secebis harapan. Harapan itu cukup untuk menggerakkan kita untuk terus berlari dan mencari pelengkap hidup masing-masing.
Hujan bunga bagi saya adalah satu harapan yang indah. Realitinya sukar, tapi cuba layarkan angan bahawa suatu hari nanti bila kita bertemu dengan kismet masing-masing, akan turun hujan bunga dari langit terus ke hati. Dan bahagia bukan lagi satu perkataan yang seringkali didengar tapi tak dirasa. Insya-Allah, saya percaya hujan rahmat itu tak akan reda.
*kismet itu untung nasib. Saya sedang menulis lagu tentang kismet di dalam kepala. ;)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cayala ana;)
BalasPadamlirik unik penuh makna..
x sabar nak tunggu hujan bunga..
uwaaa~
saya suka lagu ini
BalasPadamseronok dengar :)
suka sangat lagu ni.keep on the good work!
BalasPadamsaya benar2 gemar lagu kamu..terbaek..teruskan!
BalasPadamlagu yg best....
BalasPadamwww.satellizermusic.com
like i said before.. i heart this song so much.. being single in the age of 28.. i really need that hujan rahmat ana.. i really enjoy this song..(the lyrics ofcourse..)
BalasPadamsye ske ngan lagu aka....
BalasPadambez n de kesenian tersendiri...
teruskan lagi n sye akan sokong akak....
pertama kali saya dengar lagu ana raffali nie saya terus jatuh cinta pada lagu nie..suara ana pun best dan sedap di dengar..saya tengok ana sangat unik..mengenakan baju kurung bila menyanyi...x pernah lagi artis wat fesyen cam nie taw...pew2 pun semoga ana raffali terus berjaya dalam bidang nyanyian...all the best..
BalasPadamhidup nie memang indah.....
BalasPadamsama sperti lagu nie.....
unik.....
indah.....
tp ade maksud disebaliknye.....
setiap lagu ade maksud tersendiri....
sal hiduk penyanyi tu sendiri or somethings else......
(",) <3
BalasPadamkenape care main video ni laen ngn tutorial video yg cikgu ana buat???hehe
BalasPadamterima kasih semua! ;)
BalasPadamjaya jr,
sebab arrangement pun sudah lain jadinya.
nice song.....
BalasPadamHai Ana...
BalasPadamsaya cam dah mula minat lagu2 Ana ni...and of course imej baju kurung u tu. Tak sabar nk tunggu album seterusnya...
aku suke..aku suuuuuuuukkkkkkkkeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee......lagu nyh!!!!!!
BalasPadamakuuuuu..sgttt..sukeeee..lagu ini..hehehehe
BalasPadamhujan bunga di KL
BalasPadamhujan durian di dusun
lebih baik di dusun
busuk2 durian sedap juga dimakan
wangi2 bunga alah racun aku selsema