2.8.09

Saya tak minum kopi

Bukan penggemar kopi. Saya akan sentiasa pilih teh sebagai minuman panas rasmi. Mungkin saya tak suka kopi sebab rasanya pahit. Tapi kopi yang manis pun saya tak akan minum. Masa saya kecik saya ingat kopi tu minuman orang tua-tua (tahun-habis-sekolah ke atas). Saya pernah curi-curi hirup kopi orang yang mummy buat kat rumah. Saya buat kesimpulan saya tak nak jadi orang tua bila saya besar.

Dulu ada banyak benda yang saya tak faham tentang kopi. Entah macamana sedikit-sebanyak pengetahuan saya tentang kopi bertambah tiap-tiap tahun tanpa diusahakan. Seolah-olah ilmu itu memang tertulis di dalam buku pelan pengajian hidup saya. (Oleh itu, semestinya bukan lagi seolah-olah tetapi memang.) Sebagai contoh, masa darjah 4, kami diberi teks pemahaman tentang pemprosesan biji kopi. Menarik, cuma kekurangannya pada kegagalan untuk menjelaskan bagaimana biji kopi boleh bertukar menjadi gula-gula kopiko.

Dulu saya tak faham kenapa sesetengah orang perlu minum kopi hari-hari. Kemudian saya belajar tentang konsep kafein, ketagihan, kuiz pagi esok dan tak habis ulangkaji lagi malam ni dari kawan-kawan masa kat asrama. Ini merupakan satu fenomena tersendiri. Paling hebat, ada yang mampu (sanggup) meratah serbuk kopi '3 in 1' kerana terlalu 'sibuk' untuk memanaskan air. Saya memang kagum dengan kegigihan teman-teman saya ni. Macam ada magik pada kopi yang saya tak pernah rasa.

2 tahun lepas, masa di Roma dengan abang saya, Khalil, kami singgah di sebuah kafe yang telah disyorkan dalam buku panduan kami.


Kafe yang berusia 249 tahun itu amatlah terkenal dengan Ekspressonya. Jadi saya dan Khalil masing-masing minta "mai secawan" dalam bahasa Itali. Kami memang dah penat jalan seharian mencari tempat-tempat menarik di Roma. Kaki saya memang dah mula komplen.



Saya tak terkejut bila cawan yang sampai sangatlah kecil dibandingkan dengan kopi yang selalu saya lihat orang minum di gerai-gerai kat rumah. Yang saya terkejutnya ialah apabila kopi itali yang kami minum tu mula buat kami rasa... bes semacam.



Saya memang tak suka kopi, tapi pada hari yang bersejarah itu, di kafe yang bersejarah itu, kami gelak suka hati macam orang yang menang loteri. Dan bila kami melangkah keluar dari kafe tu, kami rasa macam kami boleh langkah beribu-ribu batu lagi. Mungkin ada benda lain yang mereka letak dalam minuman kami, Tuhan saja yang tahu. Hehe..



Ni lah namanya orang yang jakun terhadap benda baru. Kesimpulannya, kita tak akan tahu sehinggalah kita mencuba. Walaupun ada benda-benda kat dunia ni yang kita tak perlu tahu dan kita tak patut cuba, nasib baik kopi bukan benda-benda itu.

Saya masih tak suka kopi. Saya tak hanya basahkan tekak saya dengannya, saya teguk sampai habis. Saya mengalaminya. Mengalami sesuatu dengan dalam dan sehabisnya belum tentu boleh suka dan lekat padanya, inikan pula mengalaminya dengan ringan dan sekadar cuba rasa.

Dahagala pulak.

8 ulasan:

  1. hari2 saya minum teh.. kopi kadang2 jer minum bila ader org hidangkan utk saya.. tapi lately saya lebih kerap memesan milo ais double.. mungkin sbb saya nak menggemukkan diri kot? :p

    BalasPadam
  2. ana, kita sama. saya juga tak minum kopi. dan juga tak makan mee. =D

    BalasPadam
  3. Salah satu benda best dlam dunia...Kopi..Boleh buat maca macam...Kek kopi,biskut kopi...wauuuu...Cuba la...hek hek hek

    BalasPadam
  4. kopi boleh bagi hitam..pemahaman saya waktu saya kecil dulu..opah saya yang gurau cam tu,tapi terbawa sampai ke besar..

    BalasPadam
  5. yela btul kata ana itu...saya pn bukan nye penggemar kopi dan saya xsuke langsung kopi ini...
    saya lebih prefer teh panas je tanpa tarik...
    bagi saya teh bagus untuk mendatangkan inspirasi, kalau kopi mungkin saya layan capucino kot haha...

    BalasPadam
  6. tapi sy suke kopi.. hihihi.. teh pun suke jugak!!
    lawat blog sy ye kak ana klu sudi.. :)

    BalasPadam