Saya tak rasa menyanyi dalam apa jua loghat atau slanga itu merupakan satu jenayah berat mahupun masalah negara. Saya juga tak rasa yang cara nyanyian saya adalah satu yang memalukan sebagai gadis melayu yang tinggal di Kuala Lumpur. Mungkin lebih mudah kita lihat cara nyanyian seseorang itu seperti cara kita bertutur. Tak semua orang sama, tapi kenapa kita mampu memahami antara satu sama lain.
Saya hargai kelainan kita yang berbilang bangsa, asal dan keturunan. Jika ada syarat yang ketat untuk membolehkan orang berbual atau berkomunikasi sesama sendiri, atau seelok-eloknya kita semua patut mematuhi satu cara lazim sewaktu bertutur, pelbagai persoalan akan timbul. Cara bertutur mana yang patut kita ikut, peraturan bahasa apa yang perlu kita pegang? Sanggupkah kita biarkan bahasa kita sendiri terbiar sekiranya seluruh dunia mengagungkan bahasa yang lain? Cara kita bercakap mencerminkan identiti kita. Perlukah kita bertukar identiti hanya untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan orang?
Saya harap pendengar-pendengar saya tak menghukum saya atas kemampuan saya, kesukaan saya, perwatakkan saya menyampaikan lagu-lagu yang saya tulis sendiri. Saya bukan seorang penyanyi yang dasyat, tapi saya seorang penulis lagu yang faham keinginan lagu-lagu yang saya tulis. Saya juga tak merasakan adapun slang yg keterlaluan ketika menyanyi yang menjejaskan maksud yang cuba saya sampaikan, mungkin ia disalahfahamkan dari lenggok melodi yang saya cipta. Saya masih menyanyikan lagu-lagu melayu, Alhamdulillah ada yang faham. Muzik itu universal, tanpa memahami maksud sebenar lagu kita dapat menyukai apa-apa melodi, (saya peminat band jepun seperti Glay & Judy and Mary dan saya langsung tak faham apa yang mereka katakan dalam lagu tapi saya masih suka).
Dan saya percaya, melalui minat pada sesuatu lagu akan timbul keinginan untuk memahami dengan lebih mendalam. Daripada itu, kita dapat lihat usaha sesetengah individu yang mencari lirik sebenar dan merangkai maksud sendiri berdasarkan pengalaman atau imaginasi masing-masing. Terharu saya bila mendengar atau membaca komen daripada awak yang meyakinkan saya, awak seorang pendengar yang aktif, yang cukup menghargai penat lelah saya menulis lagu untuk duduk dekat di hati awak, yang memaafkan saya atas kepayahan memahami sesuatu lagu hanya kerana kekurangan saya sebagai penyanyi tapi langsung tak kisah sebab suka, menerima saya sebagai seorang individu yang lain sedikit dari yang biasa dan cuba memahami isi hati saya.
Hehe.. bila fikirkan semula, saya telahpun menulis lagu "Cuba Jangan" untuk menyampaikan maksud saya untuk pos ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
go ana raffali.
BalasPadamadored u very much ♥.
all the best eyh.
Fuhh, betul kata kak ana . pape pun kak ana best . jgn bimbang . fans kak ana tetap sokong kak ana
BalasPadamyup!
BalasPadamCuba Jangan- biar jadi diri sendiri dengan apa yang kita mampu walaupun kita mampu juga jadi lain tapi kita tak suka..
tapi jika kita suka kita akan sentiasa berusaha mendapatkannya..walaupun susah kerana ada nilai menghargai dan dihargai dalam diri..;)
gudluck n keep it up ana!
go ana go!
BalasPadamsaya suka tiap bait-bait lagu dalam album ana.
kalau dengar tiap-tiap hari pun tak pernah jemu.
tidak kira lah dalam apa jua bahasa.
kalau ana minat kumpulan Jepun saya pula minat lagu dari Filipin dan juga Korea. Tidak kisah lah apa yang diperkata, muzik itu universal. Dengan alunan muzik cukup untuk menterjahmahkan semuanya.
Love you Ana Raffali!
muzik itu indah..
BalasPadamtanpa memahami maksud pun kadang-kadang kita suka..
sebabnya melodi yang diberikan dan bait-bait alunan sesuatu lagu itu..
apa pun harap cik ana teruskan dengan lagu bahasa malaysia..^^
saya rasa sedap saja nyanyi apa slang pun nak buat macam mana kan kan. biasalah manusia suka menghukum. sabar ya. terus berkarya :D
BalasPadamgoodluck in your career ana !!
BalasPadamhmm..susah kalo ade yang suke sangat nak bangkang semua benda kan ana.yang penting go for ur goal.tak ade salahnya nak variety kan bunyi~
BalasPadam"Ayu wajah berkalam si dara
BalasPadamMerdu bertingkah teranyam irama
Lagu digubah rencam bahasa
Begitu lincah langgam Si Ana."
Your presence is a gift to our music industry. Keep it up, Ana!
Salam Adindaku...
BalasPadamTeruskan berkarya sis..just believe in yourself. By the way, cik farzana juga menyanyi lagu Cuba Jangan dengan slanga tersendiri...
Love always.. Kak Ita
different people do look from different perspective of a scene.=)
BalasPadamcik ana
BalasPadamlagu awak berkumandang di radio setiap hari dan bukan sekali dua tapi banyak kali jugalah kot..
so, i think. probably there's a chance to see you perform in this year's final Juara Lagu
kalau betul terjadi begitu, i would like to see you perform in baju kurung ..
Ana,
BalasPadamGolongan yang suka menghukum cara kita berkarya ini sebenarnya tidak faham langsung apa makna sesuatu karya.
Masakan Nasi Ayam sama rasa dengan Nasi Briyani.
Namun kedua-dunya tetap sejenis makanan yg berbentuk nasi.
Bagi gua, biarkan mereka yang tidak mengerti mencari pengertiannya sendiri. Memang wujud satu golongan yang hanya suka menjaja cerita yang mereka sendiri tidak fahami...
Teruskan Ana...Lu juga Rare. Harapnya mampu menjadi seperti Vintage Levi's 501. Makin lusuh makin bernilai...
Encore. Ana Raffali - Fatwa Pujangga (Cover)
BalasPadamFans yang menyokong Ana Raffali ...
BalasPadamchaiyok3
Ana,
BalasPadamCongrats! U are now a renown singer. I still remember the days when we were together. I have ur CD. Miss u much.
BTW, this is my phone no.:0173910799. Hope we can keep in touch.
BalasPadambila kata muzik itu universal, semua setuju..
BalasPadamtp bila buat muzik lain sikit, slanga lain sikit, ade je panas nak mengkritik...
Salam Ana,
BalasPadamYang Unik sahaja yang akan sentiasa diingati berbanding yang sama sahaja. And u will be the one!
Keep It Up! :)
ana raffali punya nyanyian sweet saja. tak sangka dah sampai chart hotfm num1, u go girl :)
BalasPadamhey ana! adore ur song very much!
BalasPadamkeep ur vibes out yeah! :')
Annamarissa.
Ana!
BalasPadamgood luck ana
BalasPadamAll the best Anna Rafalli..
BalasPadamyours
SH
good luck and all the best buat Anna raffali...
BalasPadamactually, sy masih baru dalam meneliti hasil seni saudari, namun ikhlas..saya suka dengan penyampain lagu saudari...!!
Bagi saya tak perlu la nak tukar identiti semata-mata mahu ikut kehendak orang lain. Apabila seorang artis itu ada identitinya sendiri yang mampu menarik minat peminat itu sudah cukup. Tapi jangan la statik je sampai takde perubahan kan.
BalasPadamsekadar pandangan sahaja.. hehhe.. sy suka lagu tolong ingatkan aku.. =)
uncle suka stail ana....rasanya uncle memnag sukakan artis yang pandai membuat lagu sendiri ..kerana ini akan mempercepatkan mereka membina nama dan lebih penting stial yang tersendiri. teruskan..uncle sokong kamu .. tambah pulak ido uncle abg sohaimi mior hassan berduet dengan kamu...lagi 20 kali ganda suka hahaha
BalasPadamhttp://www.youtube.com/watch?v=eOswFlzxIes
BalasPadamLagu Kalau Berpacaran kini popular dgn Cikgu Shida Parit keh keh keh
sis,lagu Mekanika is such a fun song to play on the guitar,i love it :)
BalasPadamemm.. saya perlu baca banyak kali untuk faham..
BalasPadamAssalam alaikum
BalasPadamAhoi, An
"...Oh bunyi gitar
Irama Swiss
Tidak sabar
Si gadis manis
Dengar lagu rancak gembira
Hatinya rindu tergoda
Ingin dapat teman
Bercanda suka ria..."
Kamu-lah Marie C. Digby Malaysia. Kamu juga pengagum P. Ramlee rupanya.
Seandainya saya adalah negara, saya akan anugerahkan P. Ramlee dengan gelaran "Tun Dr. P. Ramlee."
Menyentuh tentang slanga. Slanga terkadang membuat orang menyampah dengan kita. Tapi apa boleh buat. Orang yang multi-lingual seperti saya pun terkadang tidak lari dari menggunakan slanga "Inggeris kampung," "Deutsche Bavaria" dan lain-lain.
Lagu yang berslanga bagi saya unik dari segi penampilan seni. Rasanya itu tidak salah. Seni itu universal. Bahasa pun tidak lama lagi akan berubah. Slanga adalah buktinya.
Cuba dengar lagu-lagu Butterfingers yang terawal. Ada slanga, dan sedap di dengar.
Okay An. Dari seni, kepada seni, untuk seni. Selamat berseni.
Adieu...
xleh puaskan hati semua org kan....
BalasPadamkeep up the good work
good luck utk mlm ni..
yuhuu slm perkenalan!tahniah ye berjaya jadi juara AJL ke-25.U deserve it!!!
BalasPadamSaya pun meminati Glay & Judy and Mary.
BalasPadam*High 5ive*
:D
tahniah kak ana
BalasPadamu r the best among the best
betul ke blog ana raffali ni,hohoho..
BalasPadamcongratz 4 AJL..wah,bdax uitm..:)
Aww~
BalasPadamcongrats kak Ana jadi Juara Lagu.
biarpun kak Ana dicemuh oleh pelbagai pihak, kak Ana tetap juara bagi saya.
love you forever.
:DD
congrat utk malam td..memang superb.....
BalasPadamTahniah untuk Ana.... Sedikit ulasan tentang Ana malam tadi di blog saye...sudi2 la menjenguk..;)
BalasPadamhttp://wacanaku2009.blogspot.com/2011/01/tahukah-korang-juara-ajl-25-ialah-ana.html
congrats cik Ana Raffali..
BalasPadamjemputla keALL IN ONE
saya dgr komen sorang caller hot fm pagi ni
BalasPadamdia kata ana ada 'slang' melayu berbunyi english
dia kata tak patut la hape2 lagi la...
masalahnya caller tu pun 'slang' dia campur aduk melayu dan english a.k.a maglish
duhhhhh ape de hal????!!!!
lagu k-pop, j-pop even lagu m nasir, ajai pun ada 'slang'
baru la syok lagu tu...betul tak??
Hi Anna..
BalasPadamCongratz dear for Winning AJL Season 25 lasnight..
keep it..
Congratz ana...
BalasPadamTahun lepas i ada gtau kat yuna. Lebih kurang macam ni la.. "...I harap Ana Raffali pun boleh follow jejak u kat AJL tahun depan"
Dan prediction i tepat..hahahaha....
Adore both of U... Yuna and Ana Raffali
TheSharkox's latest Entry Aku dah agak dah Ana "Baju Kebaya" Raffali menang..
Tahniah menang AJL. Peduli apa orang nak kata. Rezeki u. =)
BalasPadamCongratulation to you Ana. I just know about you after my friend posted your song on my facebook. And of course the Juara Lagu 25. I checked who are you and found out that you write all of your songs & your English songs indeed are very good. Keep it up Ana. About the slang, who cares as I'm in the States have to learn how to speak in Southern Slang and even listening to the Country Southern Songs (cowboy songs).
BalasPadamTeruskan menghasilkan lagu-lagu yang indah. Saya suka lagu "Ku biarkan kau Terlepas". Mengingatkan aku kepada kenangan lama....
Tahniah Ana Raffali kerana menjuarai AJL25. Walaupun saya faham yang anda hanya nak mempertahankan diri anda, tapi saya rasa anda perlu menerima setiap kritikan dengan fikiran terbuka.
BalasPadamSebagai seorang yang bekerja dalam bidang komunikasi, saya rasa diction dalam menyampaikan lagu itu penting.
Ramai yang terperanjat anda menang kerana rata-rata mereka tak kenal anda. Mereka juga tak dapat menghayati lirik lagu anda semasa anda membuat persembahan di malam AJL itu (ini feedback yang saya dengar dan baca sendiri, bukan rekaan).
Bila mereka cari lirik anda dalam Internet, baru mereka dapat menghayati mesej lagu Tolong Ingatkan Aku.
Kita harus ingat bahawa yang menonton di rumah dan di stadium itu datang dari pelbagai latar belakang. Mungkin mereka tak pernah mendengar lagu nyanyian anda.
Jadi jangan biarkan masalah remeh seperti sebutan kurang jelas membuatkan mesej lagu anda yang indah itu tak sampai kepada pendengar baru.
Komen ini ikhlas dari hati saya. Thank you for reading.
Ana...mmg saya menjangka kemenangan ini & beberapa teman gelakkan saya semalam...saya telah nampak kelainan lagu & lirik yg disampaikan ada message ....semoga terus berjaya dan anda bakal menjadi somebody dipersada muzik negara
BalasPadamsuatu masa dulu saya minat nyanyian Abot dengan moto "Alternatif Buat Orang Timur"... tak sangka sekarang masih ada yang menyanyikan lagu camni... yang unik nya Ana menyanyi sambil main gitar dan Ana berpakaian sopan... Saya bukan menyamakan atau membandingkan antara Ana dengan Abot... Apa yang saya maksudkan ialah dulu saya minat nyanyian Abot dan sekarang saya juga meminati lagu2 Ana Raffali...
BalasPadamPEACE...
walau apa2 pun..we love u Ana....
BalasPadamtahniah ana raffali..
BalasPadamteruskan usaha
congrats kak Ana!! jangan risau, masih rmai yg syang kak Ana :)
BalasPadamteruskan buat lagu yg best2!!
Kemenangan untuk lagi terbaik, bukan lagu paling popular.
BalasPadamJuri yang membuat pilihan pun diakui terbaik, bukan sekadar popular.
hey ana.. tahniah atas kejuaraan kau
BalasPadamteruskan menulis mencipta dan menyanyi
pedulikan ler org nak kata..
tak luak pun...
lap u
xpe kak ana..yg kat luar nie paham keunikan sesuatu lagu tue...sy suke je dengr lagu kak ana tue...penyampaian mesg yg bagus..teruskn usaha..yg xpuas hati tue..biarkan diowg...
BalasPadamnie saya ada tulis sikit pasal nie...
http://atiqsalleh.blogspot.com/2011/01/tak-payah-nak-sempitkan-fikiran-tue-lah.html
salam
BalasPadamtahniah jadi juara, moga anda bertambah maju lagi di tahun 2011 ini.
ana, congrats.. baru follow ur blog..
BalasPadamsome ppl je yg tak suka tu.. yg suka lebih ramai dari yg komplen.. dun wori.. yg penting anda ikhlas dengan muzik anda.. keep it up babe!!
Assalam...
BalasPadamTahniah kerana muncul sebagai juara AJL 2010.. teruskan usaha untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu
jom baca ulasan saya " TAHNIAH PADA ANA RAFFALI "
follow kak ana...
BalasPadamkak ana walau apapun suara akak sedap.. syok sangat..jangan dengar apa orang kata :)
when I stalked ur biodata, you are my lecturer batch mate in uitm...lol..
BalasPadamwe questioned her so muuch yesterday LOL
ANA... tahniah yee... ade mse singgah la blog ika... n be my fren to in my blog....
BalasPadamhttp://mynameika.blogspot.com
lantak lah orang nak cakap ape pon ana.. yang penting ada lebih ramai yg menyayangi u daripada yg membenci. tak luak pon kalo org benci kita kan..
BalasPadampercaya pada rezeki masing-masing okay!
all the best ana rafali!
tahniah jd juara AJL 25..
BalasPadamawal2 fiq dgr lagu kak ana pown,
mmg fiq target lagu tu mng..
muzik dia unik..
ala2 cm taylor swift...
anyway, fiq follow blog kak ana...
huhuhuh :)
pusing-pusing blog
BalasPadamjust be you:)
BalasPadamana, update la blog.
BalasPadamdon't u know that being minority is cool? :D
i am with u. :)
Ini post mengenai ini dalam blog saya:
BalasPadamhttp://yusoffzaky.blogspot.com/2010/12/yang-kecil-itu-alam-yang-alam-dihamakan.html
lu sempoi beb
BalasPadam