17.1.11

LIRIK: Tolong Ingatkan Aku

Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa ditebus hari

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa

tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa

tolong ingatkan aku
kisah kita

Lagu dan lirik oleh Ana Raffali (© 2009 anaraffali muzik ent.)

09/06/12 NOTA: Menulis puisi dan lirik itu satu disiplin yang berbeza. Kadangkala melodi diutamakan untuk memberi rentak pada penceritaan dalam mana-mana lagu. Ada juga masa lirik membawakan ritma yang menentukan corak melodi. Puisi lebih bebas dan tak tertakluk pada mana-mana ukuran.

Dalam proses penulisan lagu, saya lebih biasa dengan melodi dulu sebelum lirik. Dalam kes ini, saya sudah tahu apa yang saya cuba sampaikan jadi liriknya mudah dicapai dari apa yang saya pernah kupas.

Seperti yang awak boleh lihat, walaupun ceritanya sama (perkataan yang digunakan pun sama), terdapat kelainan dari segi susunan dan fokus masing-masing. Puisi barangkali lebih kepada memujuk supaya jangan bergaduh dan berpisah, manakala lagu/liriknya adalah peringatan untuk tidak bergaduh dan berpisah. Haha.. Saya hanya menulis, bukan menghurai. ;p

Kesimpulannya, saya lebih selesa berlagu dari berpuisi. Tapi, setelah mengupas subjek ini di dalam puisi, macam lagi senang lah pulak untuk menulis lirik. Mungkin saya akan cuba cara ini lagi. ;)

NOTA TAMBAHAN:

17/1/11 - Syukur Alhamdulillah, lagu ini terpilih sebagai Juara AJL 25. Terima kasih atas doa dan sokongan anda yang sudi meluangkan masa. Saya mendapat banyak permintaan untuk berkongsi maksud lagu ini secara terperinci dan saya akan cuba untuk menyampaikannya sebaik mungkin.

Kadang kala apabila saya menulis lagu, saya akan membayangkan satu situasi yang seolah-olah dipetik dari filem. Dan untuk TIA saya dapat melihat sepasang kekasih yang baru lepas bergaduh di dalam kereta dalam perjalanan menghantar gadis pulang ke rumah. Masing-masing senyap dan tak tahu apa untuk dicakap lagi. Pelbagai andaian dan idea negatif berlegar dalam kepala kedua-duanya. Terasa seperti ingin menghentikan hubungan, menyerah kalah dan berputus asa. Dan keluarlah idea;

Jangan disusun kata-kata penamat, jangan disebut baris ayat keramat, biar lenyap diserap sunyi, biar senyap yang tak menyepi - Ungkapan kita putus umpama ayat keramat yang mampu menghancurkan hati yang bercinta. Jangan kata apa-apa yang mungkin memudaratkan keadaan, lebih baik diam tapi bukan untuk menarik diri, menyepikan diri dari hubungan itu. Sebaliknya berikan ruang dan masa untuk memikirkan dengan tenang.

Tolong ingatkan aku kisah kau tersedar dengan saku penyeluk masa, kau dampingi aku setiap detik jantungku berdetak, setiap nota jiwaku berlagu-lagu - Saya fikir semua orang boleh ungkap kata sayang tapi belum tentu dapat buktikan. Daripada menulis "tolong ingatkan aku kisah kau tersedar yang kau sayang aku" saya memilih untuk menzahirkan sayang itu dengan berkongsi betapa bernilainya kasih sayang itu apabila disertakan dengan pengorbanan dan dalam kes ini, "kau" sanggup menyeluk masa, mencari dan mencuri detik hanya untuk dampingi "aku" selagi hayatku ada, untuk setiap nota dalam lagu yang mengiringi hidupku. Kiranya, penyeluk masa ini dapat diimaginasi sebagai seseorang yang mempunyai waktu yang banyak dalam poket yang boleh digunakan sesuka hati. Dan hatinya mahu menghabiskan waktu dengan orang yang dia sayang.

Mari patahkan papan markah lama, mari padamkan buku tiga lima, biar luka sembuh sendiri, biar lupa ditebus hari - Jangan kira poin kalah menang, jangan berkira atau rasa berhutang/menghutang dengan orang yang kita sayang dan sayang kita. Biar masa memulihkan keadaan.

Bila marah merasuk minda, kecewa menyelubungi jiwa, aku lupa - Kita lalai, leka, alpa bila kita biarkan emosi, perasaan negatif menguasai pertimbangan.

Tolong ingatkan aku kisah ku tersedar, dengan kasih memeluk rasa. Ku teringatkanmu setiap detik jantungku berdetak, setiap nota jiwaku berlagu-lagu - Kadang-kadang kita tak sedar betapa kita sayang akan seseorang sehinggalah kita berani berdepan, berlaku jujur dengan perasaan sendiri. Sesetengah orang hidup menafikan rasa kasih atau cinta pada seseorang atas sebab-sebab berbeza, malu, takut, ego, marah dan sebagainya. Dan kita sedar bahawa kasih sayang itu ada dan dapat dirasa hanya bila dia tiada disisi dan kita masih memikirkannya.

Kesimpulanya, TIA saya tulis sebagai peringatan untuk menghargai orang yang kita sayang dan sayang kita.

Oh, bagi yang tertanya-tanya apa yang saya cuba gambarkan dengan persembahan ala teater saya dalam AJL, izinkan saya berkongsi.

Sangkar itu adalah simbolik untuk membawa drama kepada seseorang yang dihukum oleh orang yang dia sayang, diperangkap oleh perasaan negatif seperti ego, cemburu, marah dan kecewa yang dibawa oleh keempat-empat "hantu" atas pentas. Apabila timbul masalah atau pergaduhan antara pasangan kekasih, selalunya akan ada pemangsa dan yang dimangsakan. Tetapi sebenarnya kedua-kedua sama terperangkap dalam sangkar atau hukuman masing-masing(sebab itu ada dua sangkar). Hanya kasih sayang dan belas kasihan (dua orang penari berbaju putih) mampu melepaskan kita dari sangkar/hukuman tersebut, dan kita bertanggungjawab untuk melepaskan orang yang kita sayang dari dibelenggu kerana kita sajalah yang mampu. Dan cara yang terbaik untuk melepaskan diri dari perasaan atau andaian yang buruk ialah dengan mengingatkan tentang kemanisan perhubungan itu, betapa pentingnya orang yang kita sayang.

Jadi itulah dia. Saya faham disebabkan keterbatasan siaran secara langsung, banyak adegan tidak dapat dikongsi dengan penonton di rumah. Tapi saya akan usahakan untuk berkongsi rakaman keseluruhan pentas dari tempat duduk depan bersama dengan anda semua, insyaAllah. Terima kasih kerana sudi menyeluk masa dan membaca huraian dari saya. ;)



62 ulasan:

  1. ingatkan saya ana.
    jangan lupakan saya.
    hehehe

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. setiap detik jantungku berdetak
    setiap nota jiwaku berlagu-lagu

    *like this*

    BalasPadam
  4. wah cik ana..i minat la kat u....harap u berjaya masuk anugerah suatu hari nanti...

    BalasPadam
  5. Dtg la Blog aku, aku ada buat artikel pasal ko..ramai juga yg komen...heheh...

    BalasPadam
  6. baju kurung. gitar. nyanyi. kau. ana raffali. gerek seh.

    BalasPadam
  7. Loooooovvvvvvveeeeeeeeeee this song.. :)

    BalasPadam
  8. Lirik dier meaningful sangat2..Ana awak betul2 pandai guna ayat..

    BalasPadam
  9. salam cik ana sy kagum dgn awk.hpe awk brjaya satu hari nanti...lagu awk memg best..from hana nadia johor(hana_koOl92@yahoo.com )

    BalasPadam
  10. lagu u sedap sangat....
    i memang minat kat u...

    BalasPadam
  11. suke sangat lagu ni !!!
    love kak ana raffali !!!

    BalasPadam
  12. penyeluk masa mengambil masa saya yang lalu tanpa tersedar dia orang yang saya sayang dan lama2 hilang dari hidup saya.....

    BalasPadam
  13. nape lgu kak ana cam lgu Crazier-Taylor Swift??????

    BalasPadam
  14. xpaham lor "saku penyeluk masa" ... =(

    BalasPadam
  15. bez sgt lagu ni....
    feel abes...
    sgt bermakna....
    plg bez ada saku penyeluk masa...

    BalasPadam
  16. love this song. sgt2 ada feel walupon sy tak sure apa sgt yg saya feel tuh. huhu

    but.. i like "saku penyeluk masa".. metafora yg comel tp sgt dalam.

    BalasPadam
  17. Erm.

    1st time saya dengar lagu ni: tak best & entah apa2.
    2nd time saya dengar lagu ni: erm, macam ok pulak.
    3rd time saya dengar lagu ni: alamak, best pulak.
    4th time saya dengar lagu ni: best sangat2.
    Banyak2 time saya dengar lagu ni: makin lama makin best, sampai saya gagal melupakan lagu ni walau satu minit.

    -
    Kalau lagu2 orang lain:

    1st time saya dengar: best sgt..
    2nd time saya dengar: ok la..
    3rd time saya dengar: hmm. boring.
    4th time saya dengar: aduhh lagu lain la please.
    Banyak2 time saya dengar: saya tak dengar byk kali pun.

    -
    Ana Raffali: Welcome to my heart. ;)

    BalasPadam
  18. awwwww..sweeet sgt
    really luv dis song
    feeling abis dengar lgu ni biler gado ngan bf then rse nk clash ;p
    this song make us survive together n_n

    BalasPadam
  19. bez3!!!cukew laguw nyh!!

    BalasPadam
  20. firstly ta minat ,
    bila da slalu dengaq ,
    wow ! amazing .
    congrats ana raffali .

    BalasPadam
  21. salam k.ana..sgt2 suker ngan style akak...saye nk mintak tlong bleh x??saye student ag n next sem da final and for final saye kene wat satu individual project n hope sgt k.ana intrested utk jadik client saye...if k.ana intrested k.ana inbox saye ey...gud luck 4 your career k...luv dis song toooo...gud luck for final ajl k...u d winner laa:)

    BalasPadam
  22. Salam.

    Ana, Tahniah for winning AJL25 just now..
    Abaikan apa orang kata, because The One has picked you this time.

    -
    I'd like to say this again:
    Ana Raffali: Welcome to my heart. ;)

    BalasPadam
  23. tahniah kat awak ana rafia........ minat lirik awak..

    buat aku resah
    ingin memecah masa yang sudah
    indah dulu aku tak kesah
    bila sedar aku resah
    biar diri aku lembarkan lanjtan kisah

    Bchai leo

    BalasPadam
  24. congratz mng AJL.. ktne nk klik follow? xde ke intenet sy y lmbt?

    BalasPadam
  25. Tahniah kerana memenangi AJL25. ;) may Allah bless you always.

    BalasPadam
  26. congrats ana! u totally deserved it!

    BalasPadam
  27. T A H N I A H a n a !!!!!!! AJL 25!!!!

    BalasPadam
  28. CONGRATS...keep up the good work...^_^

    BalasPadam
  29. congrats to you...sbb menang ajl25...wish u more luck

    BalasPadam
  30. selamat maju jaya buat ana and selamat berkarya yg penting jangan lupe diri ana yek.

    BalasPadam
  31. this is a wondeful song...and u did well 4 AJL..

    BalasPadam
  32. tahniah ana raffali! anda mmg hebat..pd saya isu nyer mungkin org mesia umumnya melihat kpd populariti seseorg dan lagu tu..tp nampaknya para juri lebih arif n bijak menilai kekuatan lagu tu sendiri tanpa melihat populariti seseorg artis tersebut sbg faktor utama utk di pilih sbg juara AJL25..tahniahh ana raffali! tahniah juga kpd para juri2...

    BalasPadam
  33. liik yang menarik!tahniah ana :)

    BalasPadam
  34. salam tahniah dari seorang cg muzik.aku tau lagu ni mmg selayaknya di situ.

    BalasPadam
  35. Kekalkan dengan imej berbaju kurung kalau boleh pakai tudung ya....tahniah.

    BalasPadam
  36. by emy tahniah kepada ana rafali.teruskan perjuangan anda. lagu anda penuh puitis.teruskan imej begitu n nek time klu bertudung lg cute

    BalasPadam
  37. Salam..Tahniah Ana Nurhidayah...Semoga kejayaan anda menjadi inspirasi kepada belia kita untuk lebih berjaya.

    BalasPadam
  38. dah lama sy pikir2kn ape mkna sebenar lagu ni..sekarang baru paham...=)

    anyway tahniah!!!

    BalasPadam
  39. salam ziarah ke blog ana rafali..
    tahniah aibaks ucapkan kepada ana rafali atas kemenangan tempoh hari di ajl 25!

    BalasPadam
  40. owh, begitu rupanya mksud disebalik bait-bait lagu tersebut!

    serasa sy lirik ni kan dr sajak..TIA itu kawan ms ana ye?

    BalasPadam
  41. Siapa kah lelaki itu? :P i love you ana raffali !

    BalasPadam
  42. sebagai peminat lagu2 puitis dari Jewel Kilcher n Dido... ur song very impresive....

    best. dan tahniah. find u got influence dari 2 nama besar tu....

    BalasPadam
  43. Salam Ana. Tahniah! kemenangan di AJL tak de siapa yang boleh sangkal. Kerana 'rasa' yang di rasai hanya yang untuk yang memahami..

    BalasPadam
  44. mase first aku dgr lagu nie ssh gak nk tangkap lirik die tp aku ske lagu yg start dgn slow pastue mkn naik2...part violin tue aku ske...mula2 aku dgr lps ajl ar...dgr mula2 x tau lirik sbb ana pronounce mcm mellow..

    BalasPadam
  45. setiap lagu di pentas akhir AJl pasti punya lebihnya tersendiri. and the judges takkan simply mengadili sesuatu lagu utk dijadikan juara dengan sesenang senangnya. setaip sudut pasti dikaji. jadi tahniah Ana. you deserved it!

    BalasPadam
  46. Mula-mula anggap lagu ni biasa tapi bila ada kesempatan dengar berulang kali.. baru tau apa yang tersurat dan tersirat.

    BalasPadam
  47. Alangkah bahgienye idup ini jika daku punya sorg kakak spt Cik Ana Raffali..
    Tika bersedih kau boleh dtg hiburkan hatiku dgn petikan gitar-mu..
    Bile kering idea blur xtaw nk cmane da..alunan gitar-mu leh tngkn fikiran bsrabut n jiwa yg kacau..
    mmg konfem jd adik mithali n salu dgr cakap kakak r kalu Cik Ana Raffali si 'kakak'..hoho

    BalasPadam
  48. lagu yg ade maksud mendaalam..dgr byk kali pon xpuas..

    BalasPadam
  49. Mula-mula xrase sangat feel lagu ni.. tapi dengar banyak kali baru rase best... good luck

    BalasPadam