Saya minta maaf sekiranya ada pihak yang betul-betul terguris, terkecil hati, terluka akibat perbuatan saya, perlakuan saya, sama ada dalam bentuk kata-kata mahupun tingkah laku. Bukan niat saya untuk mendatangkan beban atau tekanan kepada hidup pihak yang terbabit. Saya memang akui saya tidak lepas daripada melakukan kesilapan, dan saya meminta belas kasihan awak untuk memberi saya peluang untuk memperbaiki diri saya sendiri.
Izinkan saya berkongsi tentang khabar bahawa saya lambat pada sesuatu majlis dan tidak meminta maaf.
Maaf saya memang lambat. Tapi tidaklah sampai satu jam atau beberapa jam seperti yang telah digembar-gemburkan. Saya juga tidaklah kurang ajar sehingga langsung tidak memohon maaf atas kelewatan itu. Apa yang berlaku adalah salah faham diantara wakil pihak pengurusan saya yang berhubung dengan wakil pihak penganjur.
Sebenarnya, kami telahpun mempunyai komitmen terdahulu untuk menjayakan sebuah konsert, tetapi demi memenuhi permintaan telah bersetuju untuk turut serta menjayakan satu lagi acara pada hari yang sama. Kami telah diberitahu bahawa kenderaan(transportation) untuk ke tempat acara akan disediakan, cuma tidak tahu menahu rupanya bagaimana. Dijemput ke acara itu secara 'personal' dan dihantar ke acara seterusnya secara 'personal' kerana kami menginap di hotel yang berbeza.
Disebabkan malam yang sebelumnya kami dan keseluruhan produksi untuk satu konsert besar habis agak lewat, tinggal beberapa jam sahaja untuk saya berehat sebelum masa untuk bersiap untuk berpentas(menyanyi). Saya meminta wakil PR saya untuk menghubungi wakil pihak penganjur untuk bertanya pukul berapa dijangka 'transport' akan sampai. 12.30pm katanya. Ketika itu saya sedang mengenakan solekan sendiri kerana telah diberitahu terlebih dahulu.
Tiba-tiba PR saya telah ditelefon pada pukul 12 dan katanya mereka sudah sampai di hotel. Saya masih belum siap dan mereka telah sampai lebih awal dari yang dijanjikan. Kelam kabut bersiap, panik. Saya ada satu masalah dimana kalau saya panik saya akan sakit perut. Itu memang tidak membantu. PR saya telah meminta maaf dan memohon untuk diberikan sedikit masa untuk saya habiskan apa yang saya perlu lakukan.
Kedebub kedebab apabila turun ke lobi, hati saya berat dan rasa cukup bersalah untuk mendapati satu bas terpaksa menunggu saya, sedangkan dalam kepala, saya bayangkan ada sebiji kereta kalau bukan van yang datang menjemput kami. Perkara pertama yang keluar dari mulut saya apabila menaiki bas ialah, "Sorry." Namun mungkin tak semua yang sudi pandang saya atau pedulikan saya untuk dengar. Sepanjang acara berlangsung saya mencari peluang untuk memohon maaf kepada wakil-wakil dari pihak penganjur dan juga rakan-rakan artis dan saya percaya jika mereka ditanya perkara itu mereka akan menjawab sebenar-benarnya.
Sekali lagi saya ingin memohon maaf atas kelewatan saya kepada pihak yang saya terlepas untuk cakap. Saya faham perasaan mereka yang terpaksa menunggu dan saya rasa cukup lemah memikirkan bahawa kejadian tersebut memang di luar kawalan saya. Kelemahan saya tidak mampu mempersiapkan diri dengan lebih pantas. Saya sangat baru dalam bidang dimana penampilan diri memang dititikberatkan, jadi berilah masa untuk saya belajar mahirkan diri. Saya tak punya apa-apa kuasa untuk mengubah apa yang telah berlaku, tapi kuasa untuk mengampun dan mengasihani terletak dalam tangan awak. Tolong maafkan saya.
Saya juga mahu semua faham bahawa saya tidak bertindak keseorangan, segala tindak-tanduk saya dijaga oleh pihak pengurusan saya sendiri, jadi salah faham sebegini sememangnya punya ruang untuk berlaku. Jadi mereka sampai lebih awal dari yang dijangka, dan saya pula tersalah bajet masa untuk bersiap. Lewat 15min (dalam jangkaan awal) berbanding lewat 50min(dalam realiti) bukankah dua perkara yang berbeza?
Cuma saya sedikit kecewa bahawa ceritanya telah ditokok tambah untuk memberikan gambaran seolah-olah saya tiada integriti langsung dalam kerjaya saya. Seolah-olah pihak pengurusan saya telah lepas tangan dan tidak bertanggungjawab dalam menjaga saya. Lain yang berlaku, lain yang diceritakan, lain pula yang disampaikan. Sewajarnya segala kekeliruan tentang diri saya atau masalah tentang saya perlu diselidik terlebih dahulu sebelum dijaja menjadi satu cerita sensasi.
Saya berpegang pada pesanan ibu saya. Hormat orang, kalau kita buat salah, minta maaf, kalau orang berjasa dengan kita, ucap terima kasih. 'Be a good girl.' Senang saja. Mungkin perkara ini berlaku hanya untuk menolong mengingatkan saya betapa rapuhnya dunia kita ini. Dan saya harus redha dengan ketentuan-Nya untuk menduga saya sebegini hanya untuk menjadikan saya insan yang lebih baik dari sebelumnya.
Ya Allah ya Tuhanku, Maha Pengasih, Maha Penyayang, ku berdoa pada-Mu untuk meminjamkan sedikit belas kasihan pada mereka yang menghukum diriku dengan kata-kata ya Allah. Tenangkanlah hati mereka yang menyimpan dendam, pulihkanlah luka pada perhubungan aku dengan mereka ya Allah. Kau kurniakanlah kesejahteraan pada mereka supaya hidup mereka tidak dihantui perasaan benci pada hamba-Mu ini ya Allah. Sesungguhnya Engkau saja yang kenal hati budi hamba-hamba-Mu.
Amin.
Terima kasih kerana sudi membaca dan sudi memberi ruang dalam hati untuk memahami penjelasan saya. ;)
bersabar kak ana.. ade hikmahnya semua cubaan yg allah berikan pada kite.. jgn sedih2.. dah tak sweet tau klu kak ana sedih.. syg kak ana..
BalasPadamsemua org akan buat silap..hihi..
BalasPadamhope pihak tersebut x besarkan hal nie...
sabar, dunia artis ni memang banyak dugaannya
BalasPadammaaf sudah diberi..
BalasPadamnak apa lagi?
cheer up sis
BalasPadameverything will gonna be fine :)
sabar yer wahai anaraffali...
BalasPadambila orang dah tak puas hati dengan kita ni memang buruk kita je diorang nampak, kak ana bersabar jela, 'api tak boleh lawan dengan api' huu
BalasPadamana raffali,
BalasPadamjgn amek pot sgt 'isu' tu..
biasalah tu jd artis ni..
mmg x lari dr gosip2 x btul..
mereka mmg suke bt cerita panas
bagi panas blog diaorg..
kalau 10 gosip x btul kluar,
xkan 10x, 10 cara u nk explain..
rileks je.. ckup la u ckp benda tu x btul.
people understand it.!!
itu la adat manusia.. yg kecil diperbesarkan..
BalasPadamyg penting nt, kalau ada rakan media yang nak interview pasal benda "kecil"..ana dah ada jawapan yang tepat. Biasa la tu...
perkataan 'sorry' tu pun da cukup..tapi org biasanya tak menghargai perkataan itu sbb mereka x tahu situasi sebenarnya.
jgn susah hati... sabar saja la..
biasalah...kdg sorry tu pun org kata kita biadab..sebab terlalu ringkas sedangkan maksudnya tetap sama meminta maaf... hurmm.. sokong Kak Ana
BalasPadamsabar yer kak ana,, tuh sume dugaan dr Yang Maha Esa,, Dia nk uji kita,, dan ada hikmah disebalik setiap kejadian,,bukti nya, Alhamdulillah akk menang AJL25 kn,, (^_^)bg pihak2 tersebut, cuba fikirkn situasi anda jika anda ditempatkn dlm keadaan begitu,,anda akn merasai betapa panik nya keadaan mse tu,,
BalasPadamcik ana...bersabar..hanya itu yg mampu sy kata kan. kamu mmg good girl. mungkin seglintir pihak cuba meng-upkan cerita sbb dia tau yang u baru nak up skrang..thus, mcm2 cerita yg di buat nyer.
BalasPadamBaguslah Cik Ana. Terima kasih atas penjelasan. Saya sebagai blogger gossip di Malaysia sentiasa menyokong anda!
BalasPadamLebih story - http://thegossiplounge.com/?p=2604
sabar jer.. biasa ler manusia nie...
BalasPadamTQ Ana di atas penjelasan yang padat untuk menepis gosip2 yang menimpa Ana. Kami akan updatekan penjelasan Ana nanti.
BalasPadamTQ again. :)
terima kasih kerana berkongsi khabar :) semoga kak ana maju sentiasa. god bless.
BalasPadamsabar2...kita xleh nk puaskan hati semua pihak..bgi sstgh pihak diorang je yg betul..org lain salah..janji kita dah buat apa yg ptut dahla..
BalasPadambiasalah Ana , dunia . memang macam tu . plus dunia hiburan . bukan ada penapis macam kita tapis teh kalau tak nak terminum serbuk teh sekali .
BalasPadamso nice and wise of you!!
BalasPadamhurm...pas ni ms ana kne lar paktis siap cpt kn...
BalasPadameh, jnji kol 12.30 tp smpy kol 12...kiranya ms ana cuma lewat 20mint jerk!dorg yg smpy awal...jd, xboleh lar nk slh kn ms ana jerk...
pape pown, mgkin ianya bole dijadikn sbg pglmn tok ms ana...
chill oke!
ASKM CIK ANNA..bawa2 r bsbr takde bende pun biasa lah manusia tak akan habis mencari kesalahan kita...semua org akan buat kesilapan takde satu tak buat kesilapan..btw kope die org b,fikir secara profasional...jangan pikir k,pentingan diri..tq
BalasPadamsabar2..lame2 nnti reda la isu ni..
BalasPadambiarkan waktu menentukan..
Saya tahu awak memang baik..
BalasPadamMulut orang tak boleh ditutup.Biarkanlah mereka bercerita, akhirnya mereka akan diam juga..
Allah tahu..Kebenaran akan berpihak pada yang benar..
sabar......
BalasPadamHarap Cik AnaRaffali terus sukses!! Apa yg berlaku jd Pengalaman utk lebih baik dimasa hadapan.
BalasPadamTakper, orang mengata buruk pasal kita, maknanya ada pahala untuk kita dan ada dosa itu mereka..
Support U!
salam cik ana..sbr yer..
BalasPadambiasala dunia mcm ni,tokok tmbh yg lebih.cuma cik ana kena sbr n pertahankan ape yg benar!!sume ini adalah pengalaman yer..good luck cik ana~~♥♥ alwayz support u!!
Sangat sayang Ana Rafali..
BalasPadamSalam..
BalasPadamBiasalah ana, bila memang dah disemai rasa benci terhadapa kita kesalahan kita yang tak seberapa pun ibarat gunung, maka kita lakukan apa yang perlu sahaja...biar Allah yang tentukan jawapannya
its alrite ana... as human kita akan buat silap.Bila silap kita betulkan & jdkan pengajaran... mistakes are an essential part of self improvement..neway..keep it up! alwayz B'Good Gal yeh!
BalasPadamTOLONG INGATKAN AKU.:)
BalasPadamSalam cik Ana....harap bersabar dgn segala dugaan yg dihadapi....ini semua cabaran buat cik ana....teruskan melangkah kehadapan dgn mengambil iktibar dari sejarah belakang....kalau tidak keberatan, saya ingin mengenali cik ana dgn lebih dekat lg jika tdk keberatan....harap cik ana boleh hantar email pd saya di yan1983@gmail.com
BalasPadam(kalau tdk keberatann). Sekian dr saya....yanti
sbr la ana..besa laa kite x dpt nk puas kn ati sume owg..mnsia kn mmg sikap die mcm 2 so tenang je sdh k..
BalasPadamjom tnjau blog sy; http://adioscinta-cintadanairmata.blogspot.com
Salam my dear sis,
BalasPadamSemoga sabar menghadapi dugaan hidup being a celebrity. The most important thing is always keep your feet on the ground and keep reaching for the stars. We learn as we lived. Hugs and kisses from your nephew and niece in ND. Take care
b hepi..benda kecik jer..tp besar2 tuk sedapkan citer..dunia artis mmg byk dugaan dia.sama ada kita kuat atau sebaliknya jer tuk terima dugaan yg datang.It's okay to make mistakes But don't make the same mistake twice.so think positive.
BalasPadambanyakkan sabar kak ana..kite tak mungkin boleh puaskan ati semua orang,wat bodo suda..huu
BalasPadamwalau ape pihak media cakapkan, tapi i know u good..don't worry lame2 people will know the true colour of you..akan ade pihak yg beri sokongan dekat akak :)
be strong hokayy ;)
I noe it is hard to move now bcoz pepel are wathing U more than b4.. Saya yakin kak ana mampu.. slah yg sedikit jadik besar bagi mereka kerana kak ana berada di level yg lebih tggi dri sblom ni.. saya yakin kak ana mampu buat.. :)
BalasPadamIni saya tulis utok kak ana dan yg lain2nya.. i noe u'll haf no time to read,but it is my satisfaction.. :)
http://itambelegam.blogspot.com/2011/01/pergi.html
setakat gossip, saya tahu kak ana kuat.
BalasPadambuang yang keruh ambil yang jernih..
p/s= suka sangat exagerrate .. normal la tu.. hihi
ambil sebagai pengajaran ye..kamu dah cuba yg terbaik tp mereka xfaham..dan xhargai..namun saya dan peminat2 kamu sangat berbangga dengan kenyataan kesal yang dikeluarkan oleh kamu..apa2 pun minta maaf adalah jalan yang terbaik.
BalasPadam!!teringin pula nak bersembang :)
all the best in your career Ana!!! :)
BalasPadamdear ana,
BalasPadami din read ur entire post. i jz wanna make sum correction. its ur time management tht got problem. if u prepare all things before 1230pm, u wont be panik as u claimed in tis post. u shud hv everytinks ready by anytime. who knows.. things change over time.
time is gold.
when u early u r on time.
when ur on time, ur late
when ur late ur forgotten (but in tis case u kena maki)
remember tht gal. u talented. u great. i like u.
ini analisa saya setelah membaca kes ana..saya merasakan permohonan maaf dr ana dpt diterima oleh semua pihak tp kes ni sedikit sebanyak menjejaskan reputasi bersih ana.
BalasPadamkul bape abis konsert sblm tuh?kul 6 pg ke?dr pg sampai ke tghari tuh agak pjg masanya...klu pukul 12pm dorang dtg, xlah terlalu awl..awl setengah jam je dr waktu sepatutnya..dan pada pukul 12pm ana sepatutnya da bersiap n tinggal nak touch up skit2 je, tu pun klu ana bersiap dr awl la..xkan la kul 12 br nak sarung baju n make up??mcm yg mak saya slalu pesan, bersiap awl2, biar kita tunggu org dr org tunggu kite!
+ kenapa ana xminta wakil PR tuh confirmkan awl2 psl transport tuh either yg dtg tuh 1 bas ke van..sbb yg dtg tuh 1 bas la (ade byk mata n mulut) mslh ni bertambah buruk!
psl ur twit dgn blogger tuh pun xsepatutnya jadi..kenapa u x berbincang dgn die secara personal n tindakan u menulis kat social network mcm tuh yg boleh dibaca oleh jutaan manusia adalah tindakan yg xwajar..
sori klu komen agak kasar tp saya xdpt menerima alasan dorang dtg awal dr sepatutnya tuh!
Salam semua! Terima kasih atas kata-kata bimbingan dan semangat. Saya akan cuba tabahkan hati dan perbaiki diri. ;)
BalasPadamKepada Cik/En Tanpa Nama yg terakhir,
Silap saya untuk tidak memastikan rupa 'transport' yg disediakan. Silap saya juga kerana terlalu penat pada malam sebelumnya, dan memerlukan tidur yang cukup untuk mendapatkan tenaga beraksi pada dua acara berbeza dalam satu hari. Silap saya bersiap ikut keselesaan saya dan tak bersedia menghadapi 'deadline' yg telah diubah. Silap saya juga tidak memohon maaf kepada setiap penumpang dalam bas sebaik saya naik. Silap saya kerana terlalu ikutkan hati yg kecewa, kata jujur saya pada @ohbulancom tentang cerita yg berbaur fitnah setelah ditokok tambah. Silap saya kesemuanya yang telah berlaku.
Saya minta maaf, bukan memberi alasan.
Terima kasih.
Ya Allah,terkedu saya baca pengakuan ikhlas ana ni..kalo org tak dapat nak maafkan ana ni memang hati batu lah gamaknya kan??kalo sylah, org bagi jawapan macam macam ni memang cair lah :)...tapi pokok pangkalnya kita jangan sesekali menuding jari,sebab kita yang hidup ni manusia biasa saja...memang akan melakukan kesilapan..justeru itu,maafkanlah dia...
BalasPadamtapi kalo dia tipu pun,tu urusan dia dengan Tuhan..kat dunia memang sapa2 pun boleh lepas..akhirat kang jawaplah hihi... tak gitu??
tapi senang cita,kalo sy...sy memang dah maafkan ana..jujur ikhlas :)
kepada ana raffali..sesuai dengan judul lagu awak yang menang AJL tu,insya Allah...sahabat @ teman sejati awak akan sentiasa INGATKAN AWAK..termasuk sy :)
*tulang_ikan*
hehe tau pun takot
BalasPadamHey girl,
BalasPadamThis is only the beginning of your journey. Keep your main objective or goal always on your mind and you can and will overcome whatever obstacles or challenges that come your way.
It looks like people are and will continue to rain on your parade. That's life. You can't control people but you can control what goes on inside you. So, stay calm inside regardless of what's going on the outside.
Take care and stay strong.
saya pernah sertai media tour ke sightseeing universal studio. Salah seorang cameraman tv station buat kami tunggu sejam dalam bas. Bila sampai dia kena maki yet buat muka comel. Sekarang ni bila jumpa dia semua mangsa dalam bas rasa the other way around rasa nak baling kasut kat muka dia dan rasa kelakar pulak bila fikir macammana dia boleh tidur tak sedar diri.
BalasPadamJadi Ana, your case isn't that terrible. You've done your part by saying sorry so that's it. The guilt will work itself out. So heads on and please compose more and more quality song for us like you did now =)
Tak pe lah Ana. Dah lama dimaafkan. Sebenarnya tak ade ape yang perlu dimaafkan sebab penganjur juga tidak harus menyalahkan Ana hanya kerana pemandu bas itu terdatang setengah jam lebih awal tidak seperti yang dijanjikan.
BalasPadamyeah ! jumpe jugak akhir nye blog ana raffali ! suke suke ^_^
BalasPadamBanyak2 bersabar lah sis.
BalasPadamBiase lah wartawan kat mesia ni. Bila dpt nama skit. Mula lah depa nk carik salah silap si artis je. Bukan nk bantu artis.
Tp tanpa dorang, siapa juga lah artis kan.
Hope sis banyak bersabar! :)
Love you Anna Rafali!!
BalasPadamtapi ni bukan kali pertama cerita kurang enak tentang awak di war warkan. sebelum AJL lagi pon dah ader cerita mengatakan awak kurang sopan dan tak mengikut arahan. simple instruction. dan bila tgk balik apa yg awak tulis panjang lebar kat atas tu, seems like again, you make the same mistake. yer awak dah minta maaf, tapi manusia fitrahnya, buat salah=minta maaf. statement cop sirim, manusia biasa tak lepas dari melakukan kesalahan + tak sempurna.
BalasPadamyou have the voice + amazing talent. tapi sebelum u famous pon u dah buat hal apatah lagi selepas menjuarai AJL. dan adakalanya saya lihat awak dalam kata kata dan penulisan serta gaya percakapan penuh sinis dan your tone, :) u know your self.
apa yg saya cakap ni sekadar luahan hati seorang pencinta industri muzik tanahair. bukan menilai dari perasaan tidak senang hati. kalau org lain menilai u, they will definitely says u got the package. but for me, talent and voice does not enuff. how you carry yourself and the attitude is much more important. such a waste if you do have everything but yet lack in personality.
just ignore what haters say,,!! u have a great talent,,!! jgn disebbkn gosip y ntah ape2 uh, mngganggu karya & bakat akak,, u know that, WE ALWAYSS SUPPOORRTT U,,!! REMEMBER THAT,,!! DONT WORRY K,,,!! all da bezz n U go gurlzzz!!! (^_^)v
BalasPadamDunia artis Malaysia ni mmg camtu. Bende remeh pun akan jadi besar. And I bet ramai yg tak puas hati are the women, because their idol guy did not win. Ha! (u take a guess who is that superman guy hehe). I have listened to your songs, esp in youtube, they are pretty amazing and your talent is original. Don't let these petty little things kill your spirit. We all got your back. More details of my rants about this here: http://braindeclutterer.blogspot.com/2011/01/ana-rafalli.html
BalasPadamI'm on your side. Gile ah dorang ni. confirm jeles sebab awak menang. Tolonglah matured rakyat Malaysia!!! suke suke kau je kan nak jadikan sape2 musuh kau. kalau tak suke, dengki sikit, terus nak boikot and everything.
BalasPadammacam ni maju tolong la.
Ana Raffali! we love you. dont give up, aja2 fighting!!
bukan semua orang yang dekat dengan kita suka kita... DAN... bukan semua orang yang tidak kenal kita membenci kita... be good and strong gurl!
BalasPadamAna tidak bersalah! TITIK..
BalasPadam