19.1.11

LIRIK: Sehabis Baik

Sehabis Baik

Ku mulakan hariku dengan segunung harapan
panjatkan pohon pada yang Maha Esa
Kelak langkah kakiku kan ketemukan aku
dengan jawapan yang lebih nyata

Entah ini harinya
ku kan berjumpa dengannya
jadi ku harus berusaha sehabis baik
Nanti dia kan lihat
semangatku makin ligat
hingga buruk jadi cantik

Pom pom pom pom (pom pom pom pom)
pom pom pom pom (pom pom pom pom)
pom pom pom pom
pom pom
pom pom pom
Langkah kaki (langkah kaki)
Gerak hati (gerak hati)
Terus kejar bayang yang diimpi

Biarpun sering keliru
ku tahu ke mana harus ku tuju

Ku lengkapkan diriku dengan seribu pesanan
namun tak mampu untuk ku ingat semua
Kelak langkah kakiku kan ketemukan aku
dengan peringatan istimewa

Harap ini masanya
untuk ku buktikan semua
bahawa ku telah berusaha sehabis baik
Mesti aku kan dapat
semangatku jadi ubat
pada jiwa yang tercarik

Pom pom pom pom (pom pom pom pom)
pom pom pom pom (pom pom pom pom)
pom pom pom pom
pom pom
pom pom pom
Langkah kaki (langkah kaki)
Gerak hati (gerak hati)
Terus kejar bayang yang diimpi
Langkah kaki (langkah kaki)
Gerak hati (gerak hati)
Terus kejar bayang yang diimpi
Terus kejar bayang yang diimpi
Dengan dia oh sukanya hati!

Lagu dan lirik oleh Ana Raffali (© 2011 anaraffali muzik ent.)

NOTA: Lagu yang saya tulis istimewa untuk filem Karipap-karipap Cinta arahan Othman Hafsham diadaptasi daripada novel tulisan Nazri M Annuar. ;)

21 ulasan:

  1. nice3 :)..komen dari junior kamu di MRSM Pendang..heh he

    BalasPadam
  2. lirik yg penuh makna! gotta like this!

    BalasPadam
  3. ana raffali..NinaAz like u..hehe..lirik lagu ni best....nak request lirik boley??hehehe

    BalasPadam
  4. best2 . riang2 lagu ni .
    err , kenapa la saya ta sepuitis kak ana ?
    lirik yang saya cipta tak sehebat dan tak sepuitis macam lirik2 lagu kak ana . =D

    BalasPadam
  5. sangat menarik lirik lagu ney''
    i like = )

    BalasPadam
  6. Karipap-karipap Cinta???
    hehe..comel2..CM BEST LA... :)
    x sabar nk tgk videO klip lagu ni..
    psst boleh lagi nk ucapkn: congrats 4 AJL25 :)

    BalasPadam
  7. lirik macam best...
    nak dengar melodinya jgk...

    BalasPadam
  8. wah...best terus lirik lagu....suke2...

    BalasPadam
  9. nama filem macam sedap je..ahahaha..nak cari karipap jap..

    BalasPadam
  10. lirik dah ok, harap melodi pun terbaikkk k

    BalasPadam
  11. saya dh baca novel ni.... kelakaw habis..

    BalasPadam
  12. Salam Kak Ana.. i really love ur voice, ur creativiti... love ur smile... =)

    BalasPadam
  13. kak ana! glad that u ade blog!

    well bila boleh dgr lagu ni, suka lirik die ;)

    BalasPadam
  14. novel karipap best! harap2 filem dan lagunya pun best jugak! well job (well done + good job), kak ana!

    BalasPadam
  15. cik ana, lagu kamu sangat sempoi dan santai.
    teman gemar cara kamu mengekspresikan karyamu itu.
    syabas! yeayy!

    BalasPadam
  16. pom pom pom pom (!) hik-hik , buatlah cover untuk ktorang dengar .

    BalasPadam
  17. j6 jemput ramai2 ke blog saye..terjah sini..tak minat bukan bmakne tak suke..wuhahaha..cik Ana..follow bck ar..

    BalasPadam